Bak selebriti





Sentuhan pereka tersohor dari Butik Designer Bridal Room merealisasikan hari bersejarah anda dengan penampilaINGIN nampak seperti bidadari pada hari bersejarah? Tetapi pada masa yang sama anda mengidamkan penampilan seperti Jennifer Lopez, Claudia Schiffer dan

Christina Aguilera? Masih lagi ingat pada keistimewaan rekaan busana anggun yang dikenakan oleh Jacqueline Kennedy dengan penyeriaan renda? Pembukaan Designer Bridal Room yang pertama di Malaysia pada pertengahan bulan Jun lalu, pasti merealisasikan impian anda selama ini. Apakah keistimewaan butik ini? Ia merupakan butik yang menempatkan sejumlah gaun perkahwinan daripada pereka-pereka termasyhur di bawah satu bumbung, selain mengambil tempahan.

MODEN bersatu dengan sentuhan klasik daripada Valentino.
"Tempahan khas ini kemudiannya dimaklumkan kepada pereka tersebut untuk dihasilkan dengan secepat mungkin," jelas pengurus pemasaran komunikasinya, Hoi Lai Leng.
Menampilkan rekaan dengan konsep mewah dan unik, butik ini turut melayan permintaan pelanggannya secara individu mengikut tema dan konsep yang diingini.
Dengan keluasan 900 kaki persegi dan berlatar belakang sebuah rumah teres bercat putih di luar dan hitam di bahagian dalaman, Designer Bridal Room membawa rekaan-rekaan eksklusif daripada Valentino, Christian Lacroix, Karl Lagerfeld, Elie Saab, Pronovias, Manuel Mota, Lusan Mandongus dan Annasul Y. CHRISTIAN LACROIX banyak bermain dengan teknik renda dan ropol. Ciri-ciri keperibadian setiap pereka diluahkan pada gaya uniknya. Menerusi koleksi yang terhad, ia bertepatan dengan kepelbagaian personaliti pengantin daripada rekaan konservatif ke kontemporari.Valentino yang menguasai dunia haute couture sejak empat dekad lalu, masih lagi menjadi kegemaran ramai wanita yang bercita rasa mewah. Jiwa romantis dan artistik menonjolkan lagi jiwa kewanitaan dalam persalinan kain rona putih beserta dengan tafeta, sutera, duchesse dan georgette. Kreativiti beliau turut menambat hati Audrey Hepburn, Elizabeth Taylor, Grace Kelly, Puteri Diana, Julia Roberts, Kate Winslet dan ramai lagi. Penggemar Karl Lagerfeld sememangnya bertuah kerana berpeluang mengenakan gaun malam tulle dan sifon yang indah. Berpotongan ramping dan mengikut tubuh badan, pengantin Lagerfeld tampak moden dalam perincian corak bunga yang disematkan pada pinggang dan di kedua-dua belah bahu.

Glamor, mewah dan anggun. Signatur Christian Lacroix kaya dengan unsur seni klasik dan kontemporari. Bagaikan satu pementasan fantasi, beliau tidak suka menyerah kepada gaya tradisional atau konvensional. "Gaun perkahwinan adalah umpama seorang wanita yang menjadi tumpuan di atas pentas seperti teater atau tarian balet," katanya satu ketika dahulu. SENTUHAN penuh anggun daripada Elie Saab. "Bagaimanapun, wanita-wanita Malaysia sering terpana dengan jenama Elie Saab dari Beirut, Lebanon. Ini kerana ilham gaun perkahwinannya sangat seksi dan feminin," sebut Lai Leng. Elie Saab menaikkan tarafnya sama dengan pereka dari Eropah melalui gabungan budaya tradisi Timur Tengah dan Eropah. Kejelitaan wanita diserlahkan dengan penggunaan fabrik mewah dan dipengaruhi oleh imaginasi liar. Bagaimana pula pereka di bawah label Manuel Mota dan Pronovias menumpahkan ilham mereka? Rekaan Manuel penuh dengan latar belakang Mediterranean yang indah dan dipenuhi dengan nilai kehidupan ceria. Sementara itu, Pronovias yang mempunyai pereka-pereka ternama seperti Hannibal Laguna, Miguel Palacio dan Lydia Delgado termasuk Manuel Mota, menyediakan khidmat gaun menggoda dan inovatif.

TEKNIK renda dan manik yang rumit menjadi pilihan Annasul Y. "Dua jenama eksklusif Designer Bridal Room terdiri daripada Lusan Mandongus dan Annasul Y," ujar Lai Leng. Mandongus ialah perintis yang memulakan trend gaun perkahwinan yang cukup sempurna di Hong Kong. Berinspirasikan elemen ketimuran, luahannya harmoni dan teguh dalam kelembutan. Manakala Annasul Y mendekatkan diri kepada stail retro 20-an dan dihiasi corak rumit dan luar biasa. Lapisan renda yang digabungkan dengan manik menyerikan lagi majlis dengan khayalan romantis. Meskipun pada peringkat awal ini Designer Bridal Room hanya membawa beberapa jenama utama dari Eropah, namun, pihak pengurusan tidak menolak kemungkinan akan mengimport lebih banyak label terkemuka.

VALENTINO sentiasa memukau dengan dres pengantin elegen, feminin dan artistik.
Dari semasa ke semasa, Lai Leng berkata helaian gaun sedia ada dikemaskinikan sejajar dengan perubahan trend global."Fesyen gaun perkahwinan tidak bertukar dengan drastik pada setiap musim berbanding dengan stail sedia pakai.""Sebab itu musim mencari stail terbaru terangkum dalam tempoh sekali atau dua kali setahun," ujarnya.Semestinya sasaran pelanggan tertumpu kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi, harga bergantung kepada keperincian rekaan. Dengan bantuan pegawai eksekutif pelanggan, anda diberi layanan terbaik kala meluangkan masa di sini.

Bagi mengelakkan kesesakan, buat temu janji terlebih dahulu di talian 03-2142 6003. Anda juga boleh layari laman web www.designerbridalroom.com.my
credit to kosmo

0 comments: