Info seks

1)TERNYATA ORGASME BUKANLAH SEGALA-GALANYA
Mitos – Orgasme adalah puncak kepuasan kedua-dua individu dalam melayari bahtera rumah tangga. Malahan orgasme dianggap satu keperluan batiniah yang harus dicapai agar kemesraan suami isteri sentiasa berkekalan.
Fakta – Hubungan intim seharusnya aktiviti sihat yang menyenangkan tanpa sebarang beban baik pada suami atau pun isteri. Hubungan seks harus dilihat sebagai sebuah proses bukannya hasil yang harus dinilai. Seks akan menjadi aktiviti yang membosankan jika pasangan ada tuntutan yang tertentu. Tetapi orgasme jika dapat dicapai akan menjadi pelengkap yang manis seperti ceri di atas puding!

2) LELAKI JUGA PUNYA G-SPOT!
Mitos – G-Spot biasanya dikaitkan dengan wanita dan bagaimana untuk merangsang kawasan ini sedangkan lelaki tidak mempunyai G-Spot.
Fakta – Tidak hanya wanita, lelaki juga mempunyai G-Spot iaitu di kawasan kalenjar prostat. Jadi rangsanglah bahagian G-Spot ini, pastinya getarannya akan lebih hebat.

3) LELAKI TIDAK MEMIKIRKAN SEKS SETIAP MASA SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN
Mitos – Orang selalu berkata bahawa lelaki sentiasa memikirkan mengenai seks setiap masa, tidak pernah puas dan suka mencuba posisi luar biasa.
Fakta – Lelaki juga manusia biasa, dalam keadaan tertentu mereka akan menolak seks seperti berada dalam keadaan sakit, stress dan dilanda masalah. Malahan ada ketikanya, golongan ini akan marah-marah jika dibangkitkan mengenai soal seks.

4) UKURAN BUKAN SEGALA-GALANYA
Mitos – Tanggapan umum bahawa jika alat sulit lelaki besar maka prestasinya juga cukup bagus dan begitulah sebaliknya.
Fakta – Ukuran penis bukanlah segala-galanya kerana apa yang lebih penting ialah cara seseorang lelaki mengendalikan sesuatu ‘permainan’ tersebut malahan lebih hangat jika pasangannya turut membantu.

5) LELAKI ATAU WANITA?
Mitos – Kononnya hanya lelaki yang berhak menentukan posisi atau keinginan dalam sesebuah perhubungan intim tersebut oleh sebab itu wanita jadi takut mencuba sesuatu yang baru.
Fakta - Kadang-kadang lelaki juga sukakan pembaharuan apatah lagi jika ia dicadangkan oleh isteri tersayang. Tidak salah jika sekali sekala memberikan peluang pada wanita mengendalikan hubungan seks malah ia akan lebih menyeronokkan.
credit to karangkraf

0 comments: