CORAT CORET..............
INFO: Sekitar perkahwinan Mawi dan Ekin
SEHARI sebelum majlis pernikahan, Mawi dan Ekin tetap selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Malahan pasangan sehati sejiwa ini sempat meluangkan masa meninjau persiapan terakhir yang dilakukan penganjur.
SUASANA di persekitaran Masjid Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor tempat berlangsungnya acara akad nikah kedua mempelai kelihatan tenang dan terkawal walaupun kononnya ada yang menjangkakan kawasan itu akan sesak kerana akan menjadi tumpuan ramai.
MAWI akui semakin tarikh perkahwinannya hampir, semakin kerap dia ‘bertemu’ dengan arwah bapanya, Ani Ahmad di dalam mimpi.
UNTUK pakaian yang dipakai Ekin bagi acara akad nikah, bersanding dan sesi memotong kek serta dua helai pakaian untuk Mawi yang ditaja Cosry, semuanya bernilai mencecah angka RM47 ribu ringgit.
BAGI acara akad nikah, penonton berpeluang menyaksikannya secara langsung di saluran Astro Oasis manakala majlis persandingan di sebelah malam, penonton mungkin berpeluang menyaksikannya menerusi Astro Prima dalam bentuk rakaman
UNTUK pelamin di Stadium Tertutup MBJB, sebanyak 15 ribu kuntum mawar merah segar digunakan sebagai bahan penyeri.
SERAMAI 30 anggota rela, enam polis dan 10 pengawal peribadi digunakan khidmat mereka untuk acara ini.
PENGACARA yang mengendalikan majlis persandingan di Stadium Tertutup MBJB tersalah konsep apabila gaya percakapannya seolah-olah sedang mengacarakan konsert. Terlalu banyak menjerit hingga mengundang perasaan tidak puas hati ramai pihak.
PENGANTIN nampaknya cukup mesra apabila memberi peluang kepada tetamu untuk merakamkan foto mereka bersama sebagai tanda kenangan
TETAMU malam itu turut dihiburkan persembahan deklamasi sajak, tarian tradisonal, nasyid serta nyanyian daripada dua bekas peserta AF iaitu Haziq dan Akma.
BEG kertas yang tertera gambar kedua mempelai dan berisi manisan menjadi hadiah cenderahati buat tetamu jemputan yang menghadiri acara akad nikah.
SEBAIK saja acara selesai, bunga mawar merah yang menjadi perhiasan di meja makan turut dibawa pulang tetamu sebagai hadiah kenangan.
adakah wedding kak joey pun akan meriah macam nie, walaopun cik ki tunggu di syurga.....
credit to berite harian...
0 comments:
Post a Comment