Showing posts with label Beauty. Show all posts
Showing posts with label Beauty. Show all posts

wanita dan yogurt


YOGURT SI ASAM
SUSU INI SANGAT DIGEMARI KAUM HAWA KERANA RASANYA YANG MASAM. YOGURT TERDAPAT DALAM PELBAGAI RASA. SELAIN DIJADIKAN SEBAGAI MAKANAN, SI ASAM INI JUGA BERTINDAK UNTUK SIHAT.
Anda suka yogurt? Sajian ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana seluruh dunia sudah mengetahui akan kewujudannya. Rasanya yang masam dan enak menjadikan sesetengah orang ketagih. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apakah khasiat yang ada pada yogurt di sebalik rasanya yang sedap itu.Yogurt berasal daripada perkataan Turki yang membawa maksud ‘padat’ dan ‘tebal’. Ia juga dikenali kerana rasanya yang masam. Yogurt makanan separa pejal yang disediakan melalui penapaian susu oleh bakteria. Susu penapaian tersebut menghasilkan asid laktik yang bertindak terhadap protein susu, lantas memberikan suatu ‘rasa’. Yogurt berperanan penting dalam dunia pemakanan khasnya di Turki, India dan negara Timur Tengah dan Asia. Kini, yogurt amat mudah didapati dan dijual sama ada dalam bentuk minuman mahupun pepejal. Dan untuk pengetahuan anda yogurt juga boleh dibuat sendiri.

WANITA DAN YOGURT Seperti yang kita ketahui, wanita adalah golongan yang menggemari akan sesuatu yang masam. Lantaran itu tidak hairanlah kiranya mereka menjadikan susu ini sebagai ‘snek’ sampingan. Pada usia yang semakin meningkat, wanita memerlukan nutrisi yang lengkap untuk mengekalkan tahap kesihatan. Dan yogurt, walaupun masam tetapi mengandungi pelbagai khasiat antaranya, probiotik iaitu sejenis bakteria baik yang mampu melindungi usus. Yogurt juga mengandungi vitamin B12, vitamin B5 dan iodin, phosphorus, zink, potassium dan protein. Semua nutrisi yang terkandung menjadikan yogurt sebagai makanan sampingan yang baik. Pengambilan kalsium oleh golongan berumur adalah digalakkan terutama wanita kerana membantu membina tulang kuat. Bagi mendapatkan kalsium, dengan hanya mengambil yogurt sudah cukup membantu.

*Artikel penuh dalam GLAM September.
Credit to glam.com.my

glowz....secret beauty portion


Main ingredients

-Soy Protien
Antioxidant.Smooths and soften skin.Skin whitening agent.
-L-Glutathione
Master Antioxidant.Changes the skin melanin to reddish/white.Skin
whitening agent
-Marine Collagen
To support skin firming,nourish hair and nails.Anti aging.Helps burning of
fat in the body.Makes skin beautifully glowing.
-Vitamin C
Helps in the absortion of glutathione.Antioxidant.Skin lightening.
-Vitamin E
Antioxidant.Fades marks and scars.Keeps skin looking young and glowing.
-Grape Seed Oil
Oil Of Youth".Used to maintain young looking skin.

Cara pengambilan-Bancuh dengan air suhu bilik.Kacau selama 1 min.Minum Pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur.Kesan akan nampak selalunya dalam masa 15 hari.

30 sachets/20 grams each
Grape Flavoured Drink
RM160...0193005753.....hazel

U Look Younger

"bercik ki mude,,, rahsianye" baru feeling mude...


Santan tuk lebatkan rambut

susuk?...jgn dosa












semalam gi gedik kat opis lamer. pastu gossip2 terus kuar statment ko nier pg kejer petg bljr, rajin kan... mude lagi tabah...umo kaw 24 kan...tetiber ... aku pun pose 2 ayu... sian dorng nier kener tipu... i all dah 28 this year, maybe sebab hati i bersih kot, x der nak statment kwn2 apetah lagi bincang2 ker, ngumpat ker,,, (huhuhuhu) so i pun bagi lah tips tuk kekal awet muder, terus kwn2 gi kompleks pkns beli aper yg patut,.... rambut ko nie bolh buat moop lantai kan...lebat giler,, terus second secret kuar lagi.... tapi isu nyer.. akak zoey pakai ker....? huhuhu

Letz....Emas rawat wajah




NILAI emas tiada tolok bandingnya. Emas menggambarkan kemewahan dan kekayaan dengan warnanya yang berkilau. Dikenali sebagai 'besi daripada matahari', sinaran emas memukau pandangan. Pada zaman lampau, emas bukan saja dikagumi dan dimiliki golongan diraja, tetapi dipercayai mempunyai keajaiban dan kuasa penyembuhan. Ia juga dikatakan digunakan untuk kecantikan serta mengekalkan keremajaan kulit wajah.


Bagaikan roda, kualiti emas kembali mendapat perhatian pakar kecantikan hari ini. Dua tahun lalu, pupur emas digunakan oleh pakar kecantikan Asia seperti Jepun yang menggabungkan inovasi kosmetik dan perubatan tradisional. Malah masyarakat di China sudah menggunakan daun emas sebagai bahan perubatan, manakala di India, emas digunakan untuk merawat penyakit jantung. Kononnya ia didakwa mampu menguatkan peredaran darah.


Pupur emas 24 karat: Rawatan terkini digunakan bagi mengurangkan kesan penuaan pada wajah

HARI ini, emas 24 karat digunakan dalam kosmetik moden dalam bentuk pupur yang meremajakan kulit wajah. Syarikat kosmetik yang memperkenalkan kaedah rawatan itu mendakwa, emas boleh menegang dan menguatkan kulit, mengurangkan kemunculan jeragat dan kekasaran wajah, seterusnya menjadikan kulit lebih jernih serta segar. Kajian saintifik menunjukkan emas menggalakkan penyerapan lebih cepat molekul oksigen ke dalam kulit, membolehkan fungsi selular berada pada tahap paling tinggi. Hasilnya, kulit lebih berseri dan kelihatan lebih sihat.

Membalikkan proses oksidasi dalam serat kolagen dan menghubungkan fabrik kulit, emas menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan muda. Bahan itu juga berkemampuan menjadikan kulit lebih sempurna dengan menyingkirkan toksin. Pupur emas itu dilengkapi teknologi nano yang membolehkan bahan utama seperti nano-emas, asid amino, kolagen, vitamin C, allantoin, squalane, ceramid2, tocopheryl acetate dan daun aloe vera diserap ke dalam kulit sepenuhya serta dengan pantas, sekali gus menjadikan kulit lebih muda dan segar untuk wanita serta lelaki.

Penggunaan pupur emas ini turut diperkenalkan pusat pelangsingan badan dan penjagaan kulit, SlimWorld yang mana pupur emas diimport dari Korea. Ia dikatakan mengandungi 99.99 peratus emas tulen dengan 24 karat, mampu memperlahankan proses penuaan, menjadikan kulit berkilau dan mengurangkan garis halus. Pupur emas sesuai untuk wanita berusia pertengahan 30-an hingga 40-an. Pada usia itu, wanita lazimnya mengalami masalah kulit kering. Pupur emas dilekatkan pada seluruh kulit wajah turut menggunakan semburan oksigen yang menyerap ke bahagian luar kulit menjadikan kulit lebih lembap.
Ia dibiarkan sekurang-kurangnya 20 minit pada wajah sebelum di gosok bagi menanggalkannya daripada wajah. Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain turut berkongsi pengalaman menggunakan pupur emas yang ditawarkan di SlimWorld. Ziana yang juga jurucakap syarikat berkenaan, mengakui penggunaan pupur emas pada pertama kali memberikan kesan wajah berseri. Katanya, rawatan wajah berkenaan mampu mengurangkan garis halus yang dialami wanita berusia 40-an sepertinya di samping menjadikan wajah lebih tegang serta menutup pori-pori yang terbuka bagi menjadikan kulit wajah lebih halus. Ziana mengakui amat menyenangi rawatan wajah menggunakan pupur emas berbanding produk lain seperti suntikan kolagen, serum mahupun botox yang sering kali menjadi pilihan selebriti sepertinya.
Ziana kekal jelita pada usia 40 tahun.

"Apabila ditampal pada kulit wajah, kulit wajah berasa tegang. Ia juga bagus untuk mengatasi masalah kulit kering seperti yang dialami wanita pada usia sebaya saya. Saya menggunakannya sejak beberapa bulan lalu dan dapati ia berkesan menjadikan wajah lebih berseri," katanya.

Katanya, kandungan semula jadi di dalam pupur emas berkenaan menarik perhatiannya untuk mencuba. Tambahan pula ia sesuai dengan falsafah Ziana yang lebih percayakan bahan semula jadi berbanding bahan kosmetik yang diperbuat daripada kimia. "Cara ini lebih selamat untuk kelihatan lebih muda berbanding suntikan vitamin C, kolagen atau botox yang kita tidak pasti kesan jangka panjangnya.

Saya dimaklumkan, suntikan vitamin C yang diambil selama lima tahun boleh menyebabkan masalah buah pinggang dalam jangka masa panjang. Ini cukup menakutkan. Kalau hendak cantik, biarlah secara semula jadi," katanya. Selain menjaga pemakanan seimbang, Ziana gemar melakukan rawatan wajah sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau paling lama, sebulan sekali. Jika tiada masa, Ziana akan melakukannya sendiri di rumah.

Oleh kerana sering berada di luar untuk aktivitinya sebagai artis, Ziana memastikan menggunakan pelindung matahari. "Saya juga menggunakan pupur pemutih, tetapi ia selamat tanpa kandungan hidroquinon. Sebelah malam pula saya gunakan krim yang dilengkapi vitamin A, C dan E. Jauhi bahan kosmetik yang menyebabkan kulit menjadi gatal atau radang kerana ini menunjukkan ia tidak sesuai dengan kulit anda," katanya. Tetap rasa muda menjadi rahsia kejelitaan Ziana Zain mengekalkan tubuh ramping dan wajah jelita.

Ibu kepada dua anak berusia lima dan lapan tahun ini, mengakui tidak berasa tua kerana dikelilingi rakan pelbagai peringkat usia. Ziana turut mengelakkan diri daripada tekanan seperti keluar membeli-belah atau menonton video bagi menenangkan perasaannya.

perfume U all







Set Wanita 1(Hijau)
Jenis Lembut
Wangian Yang Terdapat Di Dalamnya:
1. Inspired by Escape, Calvin Klein
2. Inspired by Romance, Ralph Lauren
3. Inspired by Pleasure, Estee Lauder
4. Inspired by Still, Jennifer Lopez
5. Inspired by For Her, Narciso Rodrigues
6. Inspired by Baby Doll, Yves Saint Lauren
7. Inspired by Cool Water for Women, Davidoff
8. Inspired by Apple Blossom, Body Shop
RM 40.00


Set Wanita 2 ( Unggu)
Jenis Strong&Romantik
Wangian Yang Terdapat Di Dalamnya:
1. Inspired by Tresor, Lancome
2. Inspired by Envy, Gucci
3. Inspired by Kenzo Flower, Kenzo
4. Inspired by Eternity for Women, Calvin Klein
5. Inspired by Gloria, Cacharel
6. Inspired by Miracle, Lancome
7. Inspired by J’adore, Dior
8. Inspired by Intense, Hugo Boss
RM 40


Set Wanita 3 ( Pink)
Jenis Lembut
Wangian Yang Terdapat Di Dalamnya:
1. Inspired by CK Be, Calvin Klein
2. Inspired by No.5, Chanel
3. Inspired by Light Blue, D&G
4. Inspired by Vanilla Musk, Coty
5. Inspired by Sunflower, Elizabeth Arden
6. Inspired by Women Boss, Hugo Boss
7. Inspired by Palace, Paris Hilton
8. Inspired by Poeme, Lancome
RM 40.00


Set Wanita 4 (Merah)
Jenis Tidak Terlalu Keras & Tidak Terlalu Lembut
Wangian Yang Terdapat Di Dalamnya:
1. Inspired by CocoMademoiselle, Chanel
2. Inspired by Aqua di Gio (Women), Giorgio Armani
3. Inspired by Lolita Lempicka, Lolita Lempicka
4. Inspired by Baby Jesz, One Drop
5. Inspired by Gold, Amouage
6. Inspired by Montana”Parfum de Peau”, Montana
7. Inspired by Yohji, Yohji Yamamoto8. Inspired by Amarige, Givenchy
RM 40.00


Set Lelaki (Biru)
Jenis Strong & Rock!
Wangian Yang Terdapat Di Dalamnya:
1. Inspired by Black, Bvlgari
2. Inspired by Blue Jeans, Versace
3. Inspired by CK One, Calvin Klein
4. Inspired by Eternity, Calvin Klein
5. Inspired by Polo Sport, Ralph Lauren
6. Inspired by Acqua di Gio, Calvin Klein
7. Inspired by Issey Miyaki, Issey Miyaki8. Inspired by Hugo Men, Hugo Boss
RM 40.00


Set Lelaki 2 (Kuning)
Jenis Lembut
Wangian Yang Terdapat Di Dalamnya:
1. Inspired by Boss Signature, Hugo Boss
2. Inspired by Echo, Davidoff
3. Inspired by Tuscanyper Uomo, Aramis
4. Inspired by Cool Water, Davidoff
5. Inspired by Drakkar Noir, Guy Laroche
6. Inspired by Allure Pour Homme, Chanel
7. Inspired by Le Male, J.P. Gaultier
8. Inspired by Pleasures for Men, Estee Lauder
p/s x sabar nak beli... murah , value for money u all.. bak kAte kak hazeeel beli aper yg patut jer. murah x kan x yah bazir beli perfume yg mahal2 tue...idup kak hazel..
(propa jer sbb kirim kan t u all) huhuhu

Kurus Ker?

PINGGANG yang ramping memberi kehidupan yang lebih bahagia. Bersetujukah anda dengan kenyataan ini?
  • Individu yang berpinggang besar memiliki keyakinan diri dan tahap kepuasan hidup yang rendah.
  • Walaupun dengan hanya penurunan sebanyak 10 peratus daripada berat badan, ia merupakan satu peningkatan untuk mendapat berat badan yang ideal.
  • Beliau turut menasihati individu yang berhasrat menurunkan berat badan perlu melakukannya dengan kaedah yang sihat dan betul. Menjaga pemakanan, meningkatkan aktiviti fizikal seperti riadah, mengubah cara hidup di samping berbincang dengan doktor cara menggunakan ubat-ubatan berdaftar bagi membantu usaha menurunkan berat badan.
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan menjalankan program menurunkan berat badan boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dari aspek fizikal, psikologi dan sosial.
  • Risiko terdedah kepada kesihatan fizikal seperti penyakit jantung dan kencing manis juga semakin rendah.

MakeUp, Cosmetics Trends 2008



SEmakin Ramai Laki Botak



Masalah botak dan rambut gugur yang menyerang golongan lelaki kini dapat diatasi. Ini kerana terdapat penemuan dan rawatan terbaru seperti produk dan proses menanam rambut.KETIKA duduk di klinik rawatan keguguran rambut, Pusat Belgravia berdekatan dengan stesen kereta api London Victoria, kelihatan ramai lelaki yang mengalami masalah sama sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan. Pelbagai ragam pesakit dapat dilihat. Di satu sudut, kelihatan seorang pemuda yang rambutnya baru sahaja tumbuh seinci. Pemuda yang lain pula walaupun jambulnya kelihatan tebal tetapi hakikatnya kepala mereka sudah hampir botak.
Ketika berada di klinik tersebut, saya menemui Johnny Harris, 25, yang menggenakan sut dan kemeja berwarna biru. Pemuda yang menggayakan rambut ala hawk itu memberitahu klinik ini diuruskan oleh keluarganya. Sebelum berkembangnya klinik rambut ini, bapanya memulakan karier sebagai pendandan rambut, menjual rambut palsu dan seterusnya beralih ke perkhidmatan rawatan rambut gugur. Harris memberitahu, mereka menggunakan produk khas untuk rambut gugur sejak empat tahun lalu.Sambil itu, beliau menunjukkan foto rambutnya seperti mahkota yang mana kawasan botak berada di tengah kepala. Namun, selepas itu Harris menunjukkan gambar rambutnya yang kembali normal dan lebat selepas menjalani beberapa rawatan di klinik tersebut.Bukan itu sahaja, Harris turut mengeluarkan keratan akhbar yang menyatakan pakar saintis telah menemui rawatan untuk masalah rambut gugur.
Katanya, dunia semakin ajaib dengan penemuan ubat dan produk rambut.
"Prospek rawatan masalah botak semakin maju. Hasil penemuan ini bakal menggembirakan hati ramai pihak yang selama ini mencari rawatan yang sesuai.
"Kini, kami dapat menyelesaikan sembilan hingga 10 masalah keguguran rambut dan jumlah tersebut akan bertambah," jelas Harris.
Berita mengenai rawatan masalah botak sedikit sebanyak meningkatkan penjualan surat khabar. Perkara ini diakui oleh editor surat khabar paling popular di Britain, The Sun, David Yelland. Di sekolah, penampilan Yelland cukup menggerunkan kerana terpaksa mengenakan hud kepala untuk menutup rambut palsunya.Namun begitu, pada suatu hari, dia mengalami insiden yang memalukan kerana rakan sekelasnya menanggalkan rambut palsunya.
Sejak itu, dia berusaha mencari rawatan rambut yang sesuai seperti meletakkan perahan jus buah lemon atau buah delima di atas kepala. Seminggu sekali, dia akan duduk di bawah lampu yang panas dengan harapan rambutnya akan tumbuh. Cara tersebut bukan sahaja membakar kelemumur malah merawat luka di kepala.Saya masih mengingati apabila perenang warga British, Duncan Goodhew yang berkepala botak memenangi pingat emas. Pada ketika itu, air mata saya mengalir kerana bangga apabila individu berkepala botak boleh berjaya.
Jelas Yelland lagi, masalah Duncan hanya sementara sahaja kerana akhbar New York Post melaporkan Duncan menggenakan rambut palsu bagi kepentingan penampilannya.
"Memakai rambut palsu ketika musim panas mendatangkan masalah peluh. Ia membuatkan kami kurang selesa dan berbau. Berjalan di pusat beli-belah 5th Avenue ketika angin kuat membuatkan kami terpaksa meletakkan tangan di atas kepala bagi mengelakkan rambut palsu tercabut."Selain itu, rambut palsu juga mencacatkan penampilan sekiranya kita memakainya dengan cara yang salah. Terdapat beberapa orang model yang turut mengalami masalah botak. Di Hollywood contohnya, Billy Zane, Patrick Stewart dan Bruce Willis. Mereka ini kerap menjadi topik perbincangan di laman web. Orang ramai sentiasa meneka siapakah aktor yang seharusnya memakai rambut palsu atau menanam rambut.Ahli politik British, Mark Oaten memberitahu kekerapannya menyewa rambut palsu sedikit sebanyak mendatangkan krisis dalam kehidupan seperti merosakkan kariernya. Beliau juga berpendapat jarang golongan yang berkepala botak dilantik menjadi Perdana Menteri.Namun begitu, berkepala botak masih boleh diterima oleh masyarakat. Tetapi, bagi kaum wanita, situasi ini dipandang rendah, contohnya selebriti antarabangsa Britney Spears yang membotakkan kepalanya. Dia mendapat tentangan hebat. Sementara itu, penulis psikologi Dr. Pam Spurr menulis dalam bukunya The Dating Survival Guide, kebanyakan lelaki menyatakan masalah botak menyebabkan gaya maskulin mereka terjejas. Situasi ini menyebabkan kaum lelaki sentiasa berhias sehingga kadangkala mencacatkan penampilan diri. "Perlu diketahui, rambut juga memainkan peranan penting buat lelaki. Setiap kali masuk ke dalam bilik, lelaki akan melihat cermin untuk melihat rambut," ujar Pam Spurr.Di United Kingdom, hanya dua rawatan rambut gugur mendapat kelulusan, antaranya ialah produk Minoxidil yang dijual di bawah Regaine iaitu jenama kelolaan Pfizer. Ia telah diuji pada pesakit yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi pada tahun 1970.
Sementara itu, bagi pesakit tekanan darah rendah, produk itu juga membantu menumbuhkan rambut. Pengurus Pemasaran Kumpulan, Darius Hughes berkata, produk itu telah diuji kepada 6,000 orang lelaki. Hasilnya lapan daripada 10 kes keguguran rambut dapat dikawal manakala enam daripada 10 kes pula memiliki rambut yang baru.Meskipun hampir lapan juta lelaki di Britain terseksa disebabkan masalah keguguran rambut, Pfizer mendapati penjualan GBP6m meningkat sebanyak empat peratus sejak tiga tahun lalu. "Kesedaran terhadap rawatan amat sedikit kerana orang ramai masih skeptikal," kata Hughes.Satu lagi rawatan yang diluluskan di Britain ialah pil yang dimakan setiap hari. Jenama Propecia itu dikeluarkan oleh Merck. Selepas tiga bulan menggunakan produk itu barulah nampak hasil. "Namun, sekiranya penggunaannya dihentikan maka rambut akan kembali gugur," katanya.
Sara Coakley dari Agensi Perubatan dan Pengurusan Produk Kesihatan, meluluskan kedua-dua jenama Monoxidil dan Propecia tersebut.
Selain pengambilan ubat-ubatan dan penggunaan produk, orang ramai disarankan melakukan proses menanam rambut atau memakai rambut palsu. - Guardian
Articel courtesy "Kosmo"

Petua Mencantikkan Rambut

1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada carayang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang- kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera seta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan
rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat ( ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

Petua untuk mencantikkan kulit muka

1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan.Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.