KUALA TERENGGANU – Kerajaan mungkin tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti yang dicadangkan sebelum ini ekoran tentangan daripada banyak pihak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.
Menurut beliau, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meng- umumkan cadangan pembayaran gaji pega- wai dan kakitangan kerajaan dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, pelbagai reaksi telah diterima dengan lebih banyak pihak yang menentang daripada menyokongnya.
Ini termasuk Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta pemimpin parti-parti politik sendiri yang menganggap bahawa ia menyu- sahkan dan bukan cara terbaik untuk membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.
Bagaimanapun jelasnya, keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan di- tentukan pada mesyuarat Kabinet akan datang.
“Ramai yang beritahu perkara ini akan menyusahkan mereka. Mesyuarat Kabinet akan datang kita akan bincang dan kita akan buat keputusan muktamad nanti,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Terengganu 2008 di sini semalam.