Hati aku tersentap

mlm tadi aku sms kak pos ngan xjam...cite aku dapat buat degree ... tapi sakit lah kan kalo duit reg tu RM900. pastu xjam sume wish congrat , kakak pun ckap nak bantuan ker, x per u all..... i sajer nak kongsi 2 .... pastu x jam terus citer pasal keluarga aku... bukan ker sume tahu isu keluarga tu isu yg sagat sensitif......even aku x pernah sentuh langsung pasal family die, ye bapak aku mmg beli rumah kos rendah RM 42,000.00 cash.. x pinjam loan bank, baru2 nie die beli lagi satu rumah cash gak (RM42,000.00) , lagi satu mmg die beli kereta proton baru tu pun cash(40,000.00) ... aku sbgai anak bannga lah dapat bapak yang mcm tu, die pun ckap biar susah skrg bsk dah tua senang, x der beban hutang bank, pinjaman sana sini... aku tau bapak aku dulu ader masuk saham, asb , saving,,, salah ker di tuai hasil die, selama nie mmg aku tgk bapak aku sederhana dlam blnjer, kalo perlu beli,die beli ..... kalo x perlu x payah.. mgkin aku pun ader terikut sikit, x beraper nak stylokan xjam... aper yang mmag buat aku sedih die boleh ckp bapak aku ambik rasuah, mkn duit syarikat... xjamm bapak aku seorang buruh ... kejer buat tayar ......kerje tnmpat2 panas apertah lagi nak masuk opis syarikat tu, x layak pun.... aku bangga dpat bapak mcm tu, tapi tolonglah jgn hina die, hine lah aku. aku x kisah.... aku sedar aku mmg dari keluarge susah x deserve dapt harta, bender nie smpai mati pun aku x kan luper.....

degree?

kul 345 ptg smlam ader call, ignore jelah... pastu no tu call lagi...."hello saye dari uitm, u ader apply tuk buat degree plk ker... berdebaar x ... pastu die mintak no ic... die pun ckp awak ader apply mass comm nie ... PRO MC222 kan? so awak nak further aper nie... aku pun jwb kalo ikutkan nak lah encik, tapi fakulti ckp dah penuh.. ok skrg nie awwak nak corp admin @ sains pentadbiran.... aku pun berpikir kalo smbg corp admin boleh smbg professional ICSA – THE INSTITUTE OF CHARTERED SECRETARIES AND ADMINISTRATION (AM 550)... emm... org yang call aku tu suruh ambik surat twran skrag gak... ayooo... aku pun gagah kan ke uitm kul 415 ke uitm bhgn pngambilan pelajar..... dan elok yer org yg call aku tu... kandu sgt. wah taste... die ckp sampia uitm call hp die senang.... then die pun ckp u betul ke terima twrn nie... ayo kalo aku dah semagat nie x kan nak main2 kan.... pastu die tanyer u nie melayu ker, ye lah encik saye melayu, naper muker sayer mix ker ...terus gelak horror aku berkumandang yang buat semua staff memandang aku..

Gaji dua kali sebulan mungkin tak jadi

KUALA TERENGGANU – Kerajaan mungkin tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti yang dicadangkan sebelum ini ekoran tentangan daripada banyak pihak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Menurut beliau, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meng- umumkan cadangan pembayaran gaji pega- wai dan kakitangan kerajaan dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, pelbagai reaksi telah diterima dengan lebih banyak pihak yang menentang daripada menyokongnya.

Ini termasuk Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta pemimpin parti-parti politik sendiri yang menganggap bahawa ia menyu- sahkan dan bukan cara terbaik untuk membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.

Bagaimanapun jelasnya, keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan di- tentukan pada mesyuarat Kabinet akan datang.

“Ramai yang beritahu perkara ini akan menyusahkan mereka. Mesyuarat Kabinet akan datang kita akan bincang dan kita akan buat keputusan muktamad nanti,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Terengganu 2008 di sini semalam.

Diskaun AirAsia untuk sektor awam

Diskaun AirAsia untuk sektor awam

KUALA LUMPUR - Lebih sejuta kakitangan kerajaan menikmati diskaun tambang 20 hingga 30 peratus ke mana-mana destinasi dalam negara atau serantau melalui syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

Bukan setakat itu, Pengerusi AirAsia, Datuk Aziz Bakar berkata, mereka juga akan diberi layanan lima bintang apabila mendapat keutamaan untuk berlepas, hidangan makanan serta pendaftaran sebuah bagasi percuma.

Aziz menambah, semua keistimewaan itu adalah khusus untuk kakitangan awam yang mendaftar menerusi Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) dan tawaran itu sudah pun bermula baru-baru ini.

Bagaimanapun, ia hanya sah bagi urusan tugasan rasmi sahaja yang menggunakan pembayaran waran perjalanan kerajaan.

"Tujuan kita ialah menggalakkan lebih ramai kakitangan kerajaan memilih AirAsia sebagai syarikat penerbangan pilihan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara AirAsia dan Persatuan Syarikat Pengembaraan dan Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) di sini semalam.
p/s Lets kawan2 yuk Bercuti.............(pecah lobang kejer gov kan)

Petua Mghias bilik Mandi

Petua menghias bilik mandi dari Eric Leong

Skema Warna
Kebanyakan bilik mandi di Malaysia tidak besar justeru, skema warna bagi bilik mandi seharusnya cerah seperti putih susu, biru air, hijau muda dan kuning air. Elakkan penggunaan warna biru tua, hitam atau kelabu kecuali anda mempunyai bilik mandi yang besar.

Pembahagian Zon
Bahagi bilik mandi anda kepada ruang basah dan kering supaya tampak lebih kemas dan bersih. Anda boleh memisahkan zon kering daripada zon basah dengan menggunakan tabir dan skrin mandi.

Lampu
Bilik mandi patut dipasang lampu siang atau lampu terang (lampu pendarfluor), bukan lampu hangat (mentol kuning). Lampu terang untuk ruang kerja dan lampu hangat bagi menghangatkan suasana. Jadi anda boleh gunakan lampu terang untuk ruang basah dan lampu hangat untuk ruang kering.

Sentiasa buka tingkap bilik mandi supaya udara boleh masuk dan memastikan ia sentiasa kering dan bersih. Gunakan kelengkapan bilik mandi yang tidak mudah karat seperti pewter dan keluli tahan karat.

Untuk memberikan sentuhan yang lembut, pilih aksesori atas kaunter bilik mandi yang cantik seperti pemegang berus gigi dan bekas sabun diperbuat daripada pewter.

Tambah kehijauan dengan meletakkan pokok hiasan dalam pasu kecil untuk menjadikan bilik mandi anda lebih mesra alam.

Haruman penyegar udara boleh menjadikan ruang kecil dalam bilik mandi anda lebih santai, segar dan nyaman.

Kurus Ker?

PINGGANG yang ramping memberi kehidupan yang lebih bahagia. Bersetujukah anda dengan kenyataan ini?
  • Individu yang berpinggang besar memiliki keyakinan diri dan tahap kepuasan hidup yang rendah.
  • Walaupun dengan hanya penurunan sebanyak 10 peratus daripada berat badan, ia merupakan satu peningkatan untuk mendapat berat badan yang ideal.
  • Beliau turut menasihati individu yang berhasrat menurunkan berat badan perlu melakukannya dengan kaedah yang sihat dan betul. Menjaga pemakanan, meningkatkan aktiviti fizikal seperti riadah, mengubah cara hidup di samping berbincang dengan doktor cara menggunakan ubat-ubatan berdaftar bagi membantu usaha menurunkan berat badan.
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan menjalankan program menurunkan berat badan boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka dari aspek fizikal, psikologi dan sosial.
  • Risiko terdedah kepada kesihatan fizikal seperti penyakit jantung dan kencing manis juga semakin rendah.

Happy Birthday To me


Today is My birthday yg ke 27 tahun.............
huhuhu dah meningkat senje dah... i arap i dapat penuhi segala impian yg tersekat selame nie... wish me luck...........