Tahukah Anda?

1.Mao Tse tsung tidak pernah memberus gigi sepanjang hayatnya. Beliau mengunakan air teh utk berkumur dan akan mengunyah daun teh mentah utk membersihkan giginya.

2. Purata sebatang pensel boleh melakar garisan lurus sepanjang 56 km atau menulis 50,000 perkataan. America menghasilkan dua bilion batang pensel setiap tahun. Jika kesemua pensel itu digunakan utk membuat garisan lurus ia boleh membuat bulatan mengelilingi bumi sebanyak 9 kali

3. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

4. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

5. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

9. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km

10. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

11. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

12. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

13. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

14. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.

15. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

16. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

17. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

18.Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

19. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

20.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
(info from petua.com)

Warna hidupkan suasana



WARNA amat berpengaruh dalam hiasan dalaman. Pemilihan warna tepat bukan saja memberi impak mengujakan malah membentuk terapi minda dan santapan mata. Justeru, buat pilihan terbaik mengikut selera, kesesuaian dan minat. Tom Matherson, penulis laman http://www.homedecoratingideas4u.com mengesyorkan anda;

1. Pilih warna sesuai gaya penataan
Warna material termurah menghias kediaman yang dibuat merujuk tema. Jika memilih gaya kedesaan perancis, warna semula jadi atau yang mampu mengutarakan cita rasa mewah patut ditonjolkan. Namun, pastikan pilihan anda tidak terlalu ranggi hingga menyakitkan mata.

2. Kenal pasti corak dan motif ruang
Pilihan motif dan corak patut berpadu dengan warna. Setiap ruang mempunyai corak tersendiri yang diperlihatkan menerusi perabot, ambal, kemasan, potret, lukisan dinding dan sebagainya. Menghias menjadi lebih mudah jika warna dominan ditetapkan dari awal. Keputusan memilih warna sedondon atau bertentangan dibuat sejurus itu. Ada tiga skema warna iaitu tona cerah, pertengahan dan gelap. Tiga skema ini dijadikan panduan sewaktu memilih warna.

3. Warna cerah jadikan warna tema
Warna cerah sebaiknya dijadikan latar belakang dan disyorkan menghias lantai dan dinding. Bagaimanapun keseimbangan suasana harus diwujudkan menerusi pertentangan ciri lantai dan dinding. Misalnya, jika dinding dicat warna cerah, lantai sebaliknya patut dipilih dari warna gelap.

4. Warna pertengahan untuk suasana harmoni
Ruang kedua terbesar elok ditonjolkan warna pertengahan melalui latar perabot dan kemasan tingkap. Lebih bagus jika perabot atau tingkap itu menyediakan gabungan warna cerah.

5. Warna gelap untuk penegasan dan titik tumpu
Warna gelap mengutarakan penegasan gaya biarpun ia sekadar melatari perhiasan kecil. Menerusinya, titik fokus dan sempadan kawasan ditetapkan khususnya bagi kediaman luas. Bagaimanapun anda tidak patut meminggirkan warna lain sebaliknya beranikan diri meneroka dan mencuba apa saja warna demi kepelbagaian dan keharmonian ruang.
(ArtiKel from Berita Harian)

RM150,000 to be won in Piala Seri Endon 2008

KUALA LUMPUR: A total of RM150,000 is up for grabs in the Piala Seri Endon 2008 batik design competition. Each of the competition’s three categories – fashion, soft furnishing and handicraft, offers a first prize of RM30,000, second prize of RM10,000, third prize of RM5,000, and five consolation prizes of RM1,000.

Yayasan Budi Penyayang chief executive officer Datuk Leela Mohd Ali said the competition provides an opportunity for talented Malaysians to produce better quality batik in terms of research, technique and commercial viability.

“Batik is now given centre stage when Malaysian fashion is discussed. We need to nurture it if we want to celebrate batik as a Malaysian craft,” she said at the launch of the Piala Seri Endon yesterday.

She added that the improving quality of entries had impacted the development of dyes, designs and engineering of designs.

“There has been an increase in participation from academic and professional fields that are serious about the craft, garnering a record of 87 contestants last year.

“Nonetheless, batik enthusiasts, vendors and fashion designers who are not professionally trained but have experience and quality in their artistry, are encouraged to participate,” Leela said.

She also urged institutions of higher education to encourage students to take part.
Organised by Penyayang and co-sponsored by The Star, Royal Selangor and Malaysian Hairdressing Association, the annual competition is part of the Malaysia Batik – Crafted for the World movement initiated by Datin Paduka Seri Endon Mahmood.

The competition, currently in its sixth year, is open to all Malaysian citizens of 18 years of age and above as individuals or in teams of up to four members.
Registration closes on July 25. Forms can be obtained from the Penyayang office or from their website www.penyayang.org.my. (source from Thestar.com)

Kebebasan seksualiti


Koleksi terbaru ikon fesyen ini memperagakan teknik potongan corak bersifat lebih inovatif, klasik dan antik.

KOLEKSI musim luruh/sejuk 2008, Prince of Fashion daripada Bernard Chandran menyaksikan inspirasi Maria Antoinette yang sentiasa mengidamkan kebebasan di sebalik seksualiti.
Gelaran putera fesyen yang diberikan kepadanya nyata tepat dalam menggambarkan keunggulannya dalam rekaan fesyen pada Minggu Fesyen London yang menggetarkan jiwa.
Unggul dalam menghasilkan pakaian menggunakan jenama daripada namanya sendiri, koleksi terbaru ikon fesyen ini memperagakan teknik potongan corak lebih bersifat inovatif, klasik dan antik.
Jaket panjang bersama kot sukan menampilkan kehalusan dan ketelitian jahitan yang merupakan antara ciri kehebatan dan kemahiran Bernard. Kot panjang serba hitam yang tebal ini walaupun kelihatan sederhana, namun ia melonjakkan keanggunan seseorang.

Rekaan seluar panjang dengan gandingan fabrik kapas kelihatan jarang serta ringkas tetapi potongan yang ditampilkan ini sesuai untuk musim sejuk.

Koleksi terbaru ini turut memperlihatkan rangkaian pakaian glamor yang mengkhususkan pemakaian korset, menekankan ciri feminisme yang penuh anggun dan labuh sehingga ke lantai.
Walaupun kelihatan agak sarat, namun ia dihasilkan dengan penuh teliti dan menyerlahkan penampilan kepada sesiapa sahaja yang memakainya.

Selain hitam, warna pilihan koleksi ini pula adalah warna-warna mewah seperti kuning keemasan, ungu, hijau berkilau, biru diraja dan kilauan gangsa. - (Kredit To Kosmo)

Hati aku tersentap

mlm tadi aku sms kak pos ngan xjam...cite aku dapat buat degree ... tapi sakit lah kan kalo duit reg tu RM900. pastu xjam sume wish congrat , kakak pun ckap nak bantuan ker, x per u all..... i sajer nak kongsi 2 .... pastu x jam terus citer pasal keluarga aku... bukan ker sume tahu isu keluarga tu isu yg sagat sensitif......even aku x pernah sentuh langsung pasal family die, ye bapak aku mmg beli rumah kos rendah RM 42,000.00 cash.. x pinjam loan bank, baru2 nie die beli lagi satu rumah cash gak (RM42,000.00) , lagi satu mmg die beli kereta proton baru tu pun cash(40,000.00) ... aku sbgai anak bannga lah dapat bapak yang mcm tu, die pun ckap biar susah skrg bsk dah tua senang, x der beban hutang bank, pinjaman sana sini... aku tau bapak aku dulu ader masuk saham, asb , saving,,, salah ker di tuai hasil die, selama nie mmg aku tgk bapak aku sederhana dlam blnjer, kalo perlu beli,die beli ..... kalo x perlu x payah.. mgkin aku pun ader terikut sikit, x beraper nak stylokan xjam... aper yang mmag buat aku sedih die boleh ckp bapak aku ambik rasuah, mkn duit syarikat... xjamm bapak aku seorang buruh ... kejer buat tayar ......kerje tnmpat2 panas apertah lagi nak masuk opis syarikat tu, x layak pun.... aku bangga dpat bapak mcm tu, tapi tolonglah jgn hina die, hine lah aku. aku x kisah.... aku sedar aku mmg dari keluarge susah x deserve dapt harta, bender nie smpai mati pun aku x kan luper.....

degree?

kul 345 ptg smlam ader call, ignore jelah... pastu no tu call lagi...."hello saye dari uitm, u ader apply tuk buat degree plk ker... berdebaar x ... pastu die mintak no ic... die pun ckp awak ader apply mass comm nie ... PRO MC222 kan? so awak nak further aper nie... aku pun jwb kalo ikutkan nak lah encik, tapi fakulti ckp dah penuh.. ok skrg nie awwak nak corp admin @ sains pentadbiran.... aku pun berpikir kalo smbg corp admin boleh smbg professional ICSA – THE INSTITUTE OF CHARTERED SECRETARIES AND ADMINISTRATION (AM 550)... emm... org yang call aku tu suruh ambik surat twran skrag gak... ayooo... aku pun gagah kan ke uitm kul 415 ke uitm bhgn pngambilan pelajar..... dan elok yer org yg call aku tu... kandu sgt. wah taste... die ckp sampia uitm call hp die senang.... then die pun ckp u betul ke terima twrn nie... ayo kalo aku dah semagat nie x kan nak main2 kan.... pastu die tanyer u nie melayu ker, ye lah encik saye melayu, naper muker sayer mix ker ...terus gelak horror aku berkumandang yang buat semua staff memandang aku..

Gaji dua kali sebulan mungkin tak jadi

KUALA TERENGGANU – Kerajaan mungkin tidak akan melaksanakan pembayaran gaji dua kali sebulan seperti yang dicadangkan sebelum ini ekoran tentangan daripada banyak pihak, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam.

Menurut beliau, sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meng- umumkan cadangan pembayaran gaji pega- wai dan kakitangan kerajaan dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini, pelbagai reaksi telah diterima dengan lebih banyak pihak yang menentang daripada menyokongnya.

Ini termasuk Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) serta pemimpin parti-parti politik sendiri yang menganggap bahawa ia menyu- sahkan dan bukan cara terbaik untuk membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.

Bagaimanapun jelasnya, keputusan muktamad mengenai perkara itu hanya akan di- tentukan pada mesyuarat Kabinet akan datang.

“Ramai yang beritahu perkara ini akan menyusahkan mereka. Mesyuarat Kabinet akan datang kita akan bincang dan kita akan buat keputusan muktamad nanti,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Terengganu 2008 di sini semalam.