FashiOn AdverTising 2008







Lelaki 8G dibenci wanita

1.Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh..macam ler dia betul semua, dsb)

2.Ganas (kaki pukul, ngan pompuan pun nak tunjuk kuat sebab pompuan bukan lawannyer)

3.Gementar (takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain,dsb)

4.Gabrah - tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat pompuan aje, dsb)

5.Gentleman tiada (langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri,ambik kesempatan,dsb)

6.Gerumal (bahasa kedah -bohong atau tipu)

7.Ganggo (keterlaluan- lembut sangat,pemalu sangat,pendiam sangat, macho sangat, dll)

8.Gatal (miang keladi ngan pompuan lain selain dengan bini)

no komen.... betul ke............

credit to Digitalhead team....

Nombor Telefon

Pegi amik calculator...
1) masukkan 3 digit pertama nombor henset korang (tak yah 012/013/016/019...)
2) darab 80
3) campur 1
4) darab 250
5) campur 4 digit terakhir no henset korang
6) campur lagi sekali 4 digit terakhir no henset korang
7) tolak 250
8) bahagi 2
Kenal tak phone number nie?

credit to digitalhead team....

Rahsia Gerak Badan Ketika Bercakap

Merenung
seorang yg berkeinginan atau peminta kerana renungan ituseolah-olah membawa maksud bahawa dia ingin mengenalpastiapakah yang boleh ditawarkan kepadanya samaada dari segiperhubungan cinta atau persahabatan

Memandang Mata
ini melambangkan bahawa dia suka berterus terang dan mengharapkan kejujuran dari pada orang lain dan dia jugamemberi perhatian serius terhadap apa yang diberitahu kepadanya selain dari pada itu dia juga sangat menjagahati orang lain tak kiralah teman rapat atau tidak bahkandia beranggapan semua orang sama tahap
Suka Berdiri
melambangkan sikap suka mengongkong dan suka menguasaiorang lain bahkan dia juga suka mempengaruhi orang lainuntuk mengikuti rentak mereka selain itu mereka juga tidaksuka mengalah
Suka Berjarak
sangat menjaga perasaan orang lain dan mengambil kiraperasaan orang lain juga
Pelbagai
bukanlah mempunyai maksud tertentu hanya sekadar tindakanluar kawalan sahaja namun ia melambangkan bahawa diaseorang yang bertenaga dan bersemangat tinggi dalammengharungi dalam kehidupan dan tidak takut cabaran yang mendatang
credit to digitalhead team....

Interaksi: 'Saya hanya melompat...'


Ikuti temu bual Wartawan Harian Metro, RAMLAH ZAINAL (roses@hmetro.com.my) bersama Nabila mengenai perkembangan kerjaya seninya sekali gus menjawab kontroversi berkaitan aksi melompat yang dicetuskannya di Madinah, baru-baru ini.


SOALAN (S): Apa yang menyebabkan anda terpanggil untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah?

JAWAB (J): Papa (Amy Search) yang mengajak saya ke sana. Saya juga teruja untuk ke sana kerana ingin bersama keluarga. Maklumlah, bukan senang kami nak berkumpul satu keluarga termasuk bersama nenek. Selain beribadah, ia juga ibarat percutian keluarga. Kami berada di Makkah selama lima hari dan Madinah pula lapan hari. Antara tempat menarik yang dikunjungi ialah Gua Hira' dan Jabal Rahmah.




S: Secara peribadi, adakah anda sudah bersedia menjejakkan kaki ke sana?
J: Bagi saya, semuanya bergantung pada hati seseorang. Ia bukan soal sudah sampai seru atau tidak. Ada orang tidak bersedia nak pergi umrah kerana takut dengan dosa yang sudah dilakukannya sebelum ini. Selain itu, ada orang takut nak ke sana kerana dengar apa yang orang lain cakap. Saya pula sebaliknya, seronok sangat di sana apatah lagi bila dapat menyaksikan ribuan orang Islam dari seluruh dunia menuju ke masjid untuk beribadah.




S: Bagaimana pula perasaan bapa anda apabila turut serta menunaikan umrah bersama-sama dengannya?
J: Sudah pasti papa gembira. Sebenarnya, papa tidak pernah paksa saya untuk buat apa-apapun termasuk mengerjakan umrah bersamanya. Papa memang seorang yang 'cool' sejak dulu. Dia memang kenal dan tahu perangai saya serta percaya pada saya. Dia juga tahu saya bukanlah dalam kategori 'jahat' sangat.




S: Kali pertama melihat Kaabah, apa perasaan anda ketika itu?
J: Saya begitu takjub bila melihat Kaabah. Maklumlah, ketika solat kita hanya tengok gambar Kaabah di tikar sejadah tapi bila di sana, Kaabah berada depan mata sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berjaya sampai ke sana. Sejak di bangku sekolah, saya memang minat dengan subjek Sejarah Islam dan gembira kerana dapat melawat tempat bersejarah seperti yang dibaca dalam buku mata pelajaran itu.Malah, sepanjang di sana, saya dapat menunaikan ibadah tanpa sebarang halangan. Begitu juga semua ahli keluarga yang ada. Kami sekeluarga begitu gembira di sana. Tiada sebarang perkara pelik yang berlaku pada saya.




S: Sejauh mana kehidupan anda berubah selepas kembali menunaikan umrah?
J: Saya masih muda, baru 24 tahun. Justeru, janganlah bandingkan diri saya dengan perubahan bapa (Amy Search) sekarang. Bagi saya, apa saja keburukan dan kebaikan yang kita buat, biarlah Tuhan saja menilainya dan bukan manusia kerana kita tidak boleh menilainya sendiri. Saya menjalani kehidupan macam biasa. Mungkin saya tidak bertudung selepas kembali daripada umrah tapi apa ilmu yang saya belajar di Tanah Suci itu saya bawa balik ke sini.Tidak perlulah saya hebahkan apa kebaikan yang saya dapat di sana kerana ia untuk diri sendiri. Maksud saya, ilmu yang baik yang saya dapat sepanjang di sana , contohnya, dalam menjaga solat.




S: Bagaimana dengan perkembangan kerjaya seni anda selepas kembali menunaikan umrah?
J: Alhamdulillah, rezeki saya tidak putus dan berjalan seperti biasa. Dua hari sebelum pergi umrah, saya berlakon filem Bohsia arahan Syamsul Yusof. Saya hanya bawa watak pembantu bernama Tasha. Apa yang menarik, ia cerita mengenai dua watak, Tasha dan Amy (lakonan Salina Saibi) yang menceritakan apakah itu bohsia dan bagaimana mereka menjadi bohsia. Saya terima tawaran Syamsul kerana tertarik dengan karakter Tasha yang lepas cakap dan bahasanya kasar. Ia kali pertama saya bekerja dengan Skop Production dan di bawah arahan pengarah muda seperti Syamsul. Terbaru, saya masih di lokasi penggambaran drama bersiri 40 episod, Air Mata Arisa arahan Meor Hashim Manap di Sri Hartamas. Saya bawa watak pembantu bernama Azarina yang juga 'anak mak' dan hidup dikawal ibunya (lakonan Tasha Aziz) sekalipun sudah berkahwin. Drama ini turut dibintangi Ayu Raudhah (Arisa) Ijoy Azhari dan Maizurah Hamzah. Saya juga berlakon drama bersiri 26 episod, Sarimaya terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd untuk saluran TV9 yang bakal disiarkan pertengahan bulan ini.




S: Walaupun sering dihambat gosip dan kontroversi, orang masih percaya pada bakat lakonan anda.
J: Mungkin kerana saya jujur dan ikhlas berlakon kerana ia profesion sepenuh masa. Sebenarnya, bukan saya yang mencetuskan gosip dan kontroversi itu tapi ia dilakukan orang lain. Sejak dulu lagi, bila saya dikaitkan dengan kontroversi, saya relaks saja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Apa yang penting, saya hanya fokus pada bidang lakonan. Kalau tidak, mungkin saya tidak mencapai apa yang saya kecapi sekarang.Kini saya hidup hanya untuk kerjaya dan bidang lakonan.




S: Bagaimana perasaan anda apabila gambar anda melompat ketika di Tanah Suci mencetuskan kontroversi?
J: Sebenarnya gambar itu dirakamkan ketika saya sekeluarga selesai mengerjakan umrah di sana. Gambar itu diambil di Bukit Magnet di Madinah. Kami sekeluarga berjalan-jalan dan meneroka sekitar kawasan itu yang sejuknya seperti di Cameron Highlands. Ada aktiviti lain dibuat di situ seperti anda boleh menaiki motor besar merentas padang pasir. Saya buat aksi melompat itu hanya menunjukkan betapa seronoknya saya pada hari terakhir kami di sana. Saya cuma melompat dan bukannya berbogel di masjid. Gambar itu juga saya ambil untuk dikongsi bersama kawan apabila kembali ke tanah air. Saya bukannya memakai ihram kerana kalau pakai ihram, saya pakai telekung, sarung tangan dan stokin. Gambar itu bukan dalam masjid pun. Justeru, apabila keluar cerita yang salah dalam akhbar tempatan, orang akan salah anggap dan menganggap saya tidak menghormati Tanah Suci dan perkara itu memalukan saya. Saya memang kecewa dengan cerita yang ditulis. Memang saya ada beri gambar itu pada orang tapi pihak yang menulis cerita itu tidak bertanya saya dulu sebelum menulisnya. Saya tidak kisah gambar melompat itu keluar tapi janganlah tulis cerita sesuka hati tanpa usul periksa terlebih dulu.




S: Apa tindakan anda apabila gambar itu dipaparkan dalam akhbar Ahad lalu?
J: Saya serahkan kepada papa untuk tindakan selanjutnya.


credit to Harianmetro...

Bak selebriti





Sentuhan pereka tersohor dari Butik Designer Bridal Room merealisasikan hari bersejarah anda dengan penampilaINGIN nampak seperti bidadari pada hari bersejarah? Tetapi pada masa yang sama anda mengidamkan penampilan seperti Jennifer Lopez, Claudia Schiffer dan

Christina Aguilera? Masih lagi ingat pada keistimewaan rekaan busana anggun yang dikenakan oleh Jacqueline Kennedy dengan penyeriaan renda? Pembukaan Designer Bridal Room yang pertama di Malaysia pada pertengahan bulan Jun lalu, pasti merealisasikan impian anda selama ini. Apakah keistimewaan butik ini? Ia merupakan butik yang menempatkan sejumlah gaun perkahwinan daripada pereka-pereka termasyhur di bawah satu bumbung, selain mengambil tempahan.

MODEN bersatu dengan sentuhan klasik daripada Valentino.
"Tempahan khas ini kemudiannya dimaklumkan kepada pereka tersebut untuk dihasilkan dengan secepat mungkin," jelas pengurus pemasaran komunikasinya, Hoi Lai Leng.
Menampilkan rekaan dengan konsep mewah dan unik, butik ini turut melayan permintaan pelanggannya secara individu mengikut tema dan konsep yang diingini.
Dengan keluasan 900 kaki persegi dan berlatar belakang sebuah rumah teres bercat putih di luar dan hitam di bahagian dalaman, Designer Bridal Room membawa rekaan-rekaan eksklusif daripada Valentino, Christian Lacroix, Karl Lagerfeld, Elie Saab, Pronovias, Manuel Mota, Lusan Mandongus dan Annasul Y. CHRISTIAN LACROIX banyak bermain dengan teknik renda dan ropol. Ciri-ciri keperibadian setiap pereka diluahkan pada gaya uniknya. Menerusi koleksi yang terhad, ia bertepatan dengan kepelbagaian personaliti pengantin daripada rekaan konservatif ke kontemporari.Valentino yang menguasai dunia haute couture sejak empat dekad lalu, masih lagi menjadi kegemaran ramai wanita yang bercita rasa mewah. Jiwa romantis dan artistik menonjolkan lagi jiwa kewanitaan dalam persalinan kain rona putih beserta dengan tafeta, sutera, duchesse dan georgette. Kreativiti beliau turut menambat hati Audrey Hepburn, Elizabeth Taylor, Grace Kelly, Puteri Diana, Julia Roberts, Kate Winslet dan ramai lagi. Penggemar Karl Lagerfeld sememangnya bertuah kerana berpeluang mengenakan gaun malam tulle dan sifon yang indah. Berpotongan ramping dan mengikut tubuh badan, pengantin Lagerfeld tampak moden dalam perincian corak bunga yang disematkan pada pinggang dan di kedua-dua belah bahu.

Glamor, mewah dan anggun. Signatur Christian Lacroix kaya dengan unsur seni klasik dan kontemporari. Bagaikan satu pementasan fantasi, beliau tidak suka menyerah kepada gaya tradisional atau konvensional. "Gaun perkahwinan adalah umpama seorang wanita yang menjadi tumpuan di atas pentas seperti teater atau tarian balet," katanya satu ketika dahulu. SENTUHAN penuh anggun daripada Elie Saab. "Bagaimanapun, wanita-wanita Malaysia sering terpana dengan jenama Elie Saab dari Beirut, Lebanon. Ini kerana ilham gaun perkahwinannya sangat seksi dan feminin," sebut Lai Leng. Elie Saab menaikkan tarafnya sama dengan pereka dari Eropah melalui gabungan budaya tradisi Timur Tengah dan Eropah. Kejelitaan wanita diserlahkan dengan penggunaan fabrik mewah dan dipengaruhi oleh imaginasi liar. Bagaimana pula pereka di bawah label Manuel Mota dan Pronovias menumpahkan ilham mereka? Rekaan Manuel penuh dengan latar belakang Mediterranean yang indah dan dipenuhi dengan nilai kehidupan ceria. Sementara itu, Pronovias yang mempunyai pereka-pereka ternama seperti Hannibal Laguna, Miguel Palacio dan Lydia Delgado termasuk Manuel Mota, menyediakan khidmat gaun menggoda dan inovatif.

TEKNIK renda dan manik yang rumit menjadi pilihan Annasul Y. "Dua jenama eksklusif Designer Bridal Room terdiri daripada Lusan Mandongus dan Annasul Y," ujar Lai Leng. Mandongus ialah perintis yang memulakan trend gaun perkahwinan yang cukup sempurna di Hong Kong. Berinspirasikan elemen ketimuran, luahannya harmoni dan teguh dalam kelembutan. Manakala Annasul Y mendekatkan diri kepada stail retro 20-an dan dihiasi corak rumit dan luar biasa. Lapisan renda yang digabungkan dengan manik menyerikan lagi majlis dengan khayalan romantis. Meskipun pada peringkat awal ini Designer Bridal Room hanya membawa beberapa jenama utama dari Eropah, namun, pihak pengurusan tidak menolak kemungkinan akan mengimport lebih banyak label terkemuka.

VALENTINO sentiasa memukau dengan dres pengantin elegen, feminin dan artistik.
Dari semasa ke semasa, Lai Leng berkata helaian gaun sedia ada dikemaskinikan sejajar dengan perubahan trend global."Fesyen gaun perkahwinan tidak bertukar dengan drastik pada setiap musim berbanding dengan stail sedia pakai.""Sebab itu musim mencari stail terbaru terangkum dalam tempoh sekali atau dua kali setahun," ujarnya.Semestinya sasaran pelanggan tertumpu kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi, harga bergantung kepada keperincian rekaan. Dengan bantuan pegawai eksekutif pelanggan, anda diberi layanan terbaik kala meluangkan masa di sini.

Bagi mengelakkan kesesakan, buat temu janji terlebih dahulu di talian 03-2142 6003. Anda juga boleh layari laman web www.designerbridalroom.com.my
credit to kosmo

Comment, Idea, statement, Kate2 perangsan, mgumpat

hi..... my blog readers.... kalo u all ader aper2 statement, idea, cadangan , comments...or what ever..... pls feel free to email me at fyzuelhassan@gmail.com..... kalo yg pandai comment kat blog nie... u boleh buat mcm biase... buat yg x tahu tu... boleh email to me.... (especially buat kak min ngan kak Wan yang x taw nak comment tu....soriii)