aku YnG dah GemOk







aku telah ditegor oleh rakan kat opis nier... ko dah gemok kan.... sedihnyer... sedih ... sedih u all... tensi nyer yang amat...rase macm gelap gelite iduop i .. caner nier... tolong lah kawan2 u all.. perlukah aku consume reductill seperti kak min dan dr rauna.... i pun rase perlu lah.... tapi... mahal uall RM200....huhuhuhu...kalo dr rauna mesti die jawab "dah kerjer kan...." ayo aku kerjer tuk beauty expenditure jer ker.... tapi keaddan dah kritikal nier... terpakser lah buat aper yg boleh tu kurus balik.. perlu ker pegi gym segaler... perlu pakai korset 5 lapis tu... perlu ker.................... kawan2 kakk joey sgt tensi.... tadi maser gi opis lamer singaah jap kan... oooi kau dah berisi kan... tetek pun dah nampak.... suar ko tu nampak mantap.... ko nie biaselah kan banyak main..... nak mati x statement kwn2 straight i..... ehhhh dorang yg straight pun bolh ckp aku nier dibela lah , kuat main lah... padahal x pernah pun citetr2 hal2 dlam kelambu... tapi kwan i selalu pandang enteng tngtg kehipan sex kak joey ............................... huhuhuhuhu

Doa Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Doa Dari Hadis Sohih :
Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)


Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )


Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.


Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.


Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.


Fikirkanlah.

Sekian .....

Krisis Norman Abby 2


KUALA LUMPUR, 4 NOV 2008: Pelakon Abby Abadi, 30, sudah nekad. Apa terjadi, dia tetap mahu diceraikan juga oleh suaminya, Norman Hakim, 32.Bercakap kepada murai.com.my semalam, Abby berkata: "Saya sudah nekad. Apa jadi sekalipun, dia (Norman Hakim) kena lepaskan saya. Saya juga penat kerana percakapan dan perbuatan dia selama ini langsung tidak seiring.
"Apa guna kononnya hendak mempertahankan rumahtangga tapi dia tak pernah berusaha ke arah itu. Asyik-asyik buat hal, Lepas itu, pura-pura buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku. "Saya berharap tindakan saya untuk meminta cerai daripada Norman tidak akan dipertikaikan mana-mana pihak. Apa guna berstatus isteri tapi hidup macam tak bersuami? Selama ini pun saya dah jadi macam seorang ibu tunggal. Sebab dia (Norman) jenis manusia yang lepas tangan."Kes khalwat ini pun tak memberi apa-apa kesan pada dia. Memang saya akan tetap dengan keputusan saya. Saya tak perlukan dia lagi. Berseronoklah Norman sepuasnya selepas ini.

"Kepada semua, maafkan saya, saya memang sudah dah tak mampu bertahan serta mempertahankan rumahtangga yang kami bina selama ini.

"Dia terlalu mementingkan diri dan langsung tak penah menghargai kasih sayang dan pengorbanan saya selama ini. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Doakan yang terbaik untuk saya dan anak-anak."Tengah hari semalam, Abby memberontak dan terus menyerang Norman di lokasi Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju, di sini. Apa yang menggemparkan, Abby terlebih dulu memaklumkan kepada pihak media yang dia akan ke sana untuk bersemuka.Sebelum itu, pada sebelah pagi, Abby terlebih dulu telah pergi ke Mahkamah Syariah Gombak Timur untuk memohon cerai tetapi ditolak kerana tidak cukup dokumen.Sewakti di lokasi Gerak Khas itu, wartawan melihat dengan kepala mata sendiri drama perang mulut antara Abby dan Norman. Apa yang begitu mengecewakan dan menaikkan kemarahan Abby, Norman terus-terusan mempertahankan atau membela pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, yang dicekup khalwat bersamanya pada 30 Oktober lalu. Berikut antara perang mulut antara Abby dan Norman semalam..."Kenapa asyik mempertahankan dia (Memey)? Memey baik, Memey itu, Memey ini. Saya ini siapa dalam hidup Abang?" tanya Abby.Norman pula menjawab dia perlu mempertahankan Memey kerana dia tidak mahu Memey malu dan mencemarkan maruah keluarganya gara-gara insiden khalwat tempoh hari.Kemudian tanya Abby lagi:

"Kenapa Abang jadi macam ni sekali? Abang asyik bercerita Memey pandai itu, pandai ini, kenapa? Saya ni isteri Abang tau!"Jawab Norman pula, "Saya cerita ini dari sudut kemanusiaan. Dia ada emak bapa, dia naif."Terus Abby menjawab," Habis tu, saya tak ada emak bapak?" Sebelum keadaan menjadi lebih tegang, mereka berdua terus ditenangkan oleh wartawan di situ malah ada yang menasihati Norman supaya beredar saja. Pada suatu ketika, air mata Norman turut menitis di pipinya selepas terlalu sebak.Norman berkata dia sesungguhnya masih mengharapkan supaya rumah tangga mereka dapat diselamatkan."Demi Allah, saya sayangkan keluarga saya. Saya tidak boleh ceritakan apa keburukan dia... saya masih sayangkan lagi hubungan ini. Saya sangat sedih kalau rumah tangga kami akan berakhir dengan penceraian lagi. Abby masih lagi isteri saya yang sah," kata Norman.

credit to murai.com.my

Krisis Norman Abby 1

KUALA LUMPUR, 3 NOV 2008: "Hati saya dan isteri benar-benar terluka. Sebagai orang tua saya selalu menasihati dia supaya jangan libatkan diri dalam skandal peribadi yang sebegini.
"Tidak sangka dia (Norman Hakim) selama ini telah membuat drama di belakang saya serta mempermainkan diri saya. Sedikit sebanyak apa yang dilakukannya ini telah menjejaskan reputasi drama bersiri Gerak Khas," kata Datuk Yusof Haslam.

Produser serta pengarah siri drama bercorak kepolisan ini berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai laporan berita tangkap khalwat membabitkan Norman dengan pelakon baru, Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20.

Sungguhpun begitu, Yusof yang sebelum ini pernah menerbit serta mengarahkan pelbagai filem yang pecah panggung seperti Sembilu, Maria Mariana, Pasrah serta Tragedi Oktober mengakui masih belum mengambil kata putus sama ada mahu mengekal atau menyingkirkan Norman dari dalam siri tersebut.
"Saya sedar ada segelintir masyarakat yang mahu saya singkirkan Norman kerana telah menjejaskan imej Gerak Khas. Saya baca komen-komen tersebut dalam murai.com.my selepas anak saya tunjukkan pada saya.

"Tapi, dalam hal ini saya juga tidak boleh melatah. Bukan sebab tidak mahu ambil pandangan orang ramai tetapi kes ini masih lagi berjalan. Kita kena biarkan segala-galanya selesai dahulu.
"Lagipun tidak eloklah saya buat apa-apa keputusan sedangkan Norman & Abby masih lagi berkrisis. Mereka perlukan masa untuk selesaikan dulu masalah rumahtangga mereka," katanya kepada murai.com.my.

Yusof bagaimanapun mengakui bahawa dia sudah berkali-kali menasihati Norman supaya menjauhkan diri daripada terbabit dengan skandal peribadi yang sebegini.
"Bukan dengan dia seorang saja tetapi juga seluruh pelakon lain yang turut membintangi Gerak Khas. Kalau tersangkut sekali alamatnya bukan hanya imej saja yang akan terjejas tetapi masyarakat juga akan membenci.

"Kes Norman ini boleh dijadikan satu pengajaran. Lagipun apabila sudah memakai pakaian seragam polis serta membawakan watak sebagai seorang inspektor, bukankan tidak elok kalau nama tiba-tiba dikaitkan dengan skandal peribadi yang seperti ini.

"Hendak pakai uniform dan mainkan watak polis bukanlah semudah yang disangka. Semua nama perlu dihantar dulu ke polis Bukit Aman. Dari situ mereka akan ambil rekod dan menyiasat latar belakang seseorang pelakon yang terbabit.

"Namun semua pelakon saya telah melepasi tahap ini. Tapi apabila timbul kes tangkap khalwat Norman dengan Memey ini, segelintir pihak polis di Bukit Aman pun tanya apa sudah jadi. Jadi untuk apa pakai uniform polis itu lagi," katanya.

Jelas Yusof lagi, dia tidak tahu bagaimana hendak mempertahankan Norman dalam masalah ini.
"Senang cakap, berani buat, beranilah tanggung. Apapun saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk Norman dan Abby. Kalau boleh saya mahu mereka berbaik semula," katanya lagi.

yuk...beauty

"Nie pun kak Joey pakai...."
DENGAN tagline 'Kesihatanmu Adalah Kecantikanmu', produk keluaran Jamu Mak Dara sememangnya sentiasa mendapat tempat di hati kalangan penggemar setianya.

Walaupun baru dikomersialkan sejak empat tahun lalu, tetapi ia pantas menggamit perhatian pengguna terutamanya di kalangan kaum Hawa yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman berbanding fizikal semata-mata.

Apatah lagi jika seseorang wanita baru sahaja melahirkan cahaya mata, maka sudah tentu penjagaan sepanjang tempoh berpantang perlu dititikberatkan bagi mengembalikan tenaga dan kesegaran diri.

"Jangan ingat wanita sahaja yang perlu menjaga badan, tetapi lelaki juga sebenarnya wajib melakukan perkara yang sama. Apabila setiap pasangan menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri, barulah ia nampak adil dan menjadikan rumah tangga aman bahagia," pantas ingatan yang keluar dari mulut Abib.

credit to kosmo....

sediH

semalam mase aku tgh kemas2 almari... mak aku msuk bilik katernyer usop (panggilan yg dicipta oleh aku kepada org yg penah satu rahim ngan mak aku...aka adik) die kata uso nak pinjam laptop...hah... naper pulak nak pinjam laptop aku... mak aku ckp usop nak pakai buat kejer,,,, selame nie x pernah pun die nak pinjam laptop aku.... pc aku dulu tu pun die yg hancurkan ....perlu aku bagi laptop nie.... tidak akan ok.... aku pelik perlu ker seorg guard yg menghantar duit ke bank nak pakai laptop... (setaw aku lah die kejer tu) tp yg aku dgr kawan @tunang die nak pakai.... hello tlonglah respect brg org... aku sendiri x pernah ambik barang kaw.... xa pernah pakai.... x pernah pinjam.... inikan nak bagi brg aku tuk org lain pakai... kut ye tunang die nak pakai... x kanlah kat ampang tue x der cc..... pelik aku.... aku dgn sekeras2 nyer x bagi.... mak aku pun bg taw die.... lagi satu perlu ker guner mak ayah as messenger .... kalo ko tue jantan naper ko tak jmper aku.... aku terus gi dapur lunch... maser tue aku dgr lah die kutukk2 aku, pasal bilik aku yg baru deco... hey ape masalah kaw... penah ker aku pakai duit kaw... setaw aku brg2 aku sumer kaw ambik...even underware pun kan... hello aku ingat lagi statement usop nie.... pade raye ke3 tahun 2003..... aku difitnah drag kat genting... x pernah aku drag pegi genting.... die mgeluarkan statement "aku malu dpat abang mcm ko" bapok..... perluker ko nak statement aku sesuke hati,,,, sedangkan kaw tu SPM 3 kali x pernah pass SAP, mencuri kat subang parade mase.... mase drjh 5. aku sendiri x pernah buat bender yg malukan kelurga... tapi from my observation family aku mcm takut ngan die, sbab die baran .... perlu ker segala khndak org baran nie diikut2kan..... aku nie ikut jer ckp family, x melawan..... naper aku yg x diappriaciate...mlm tadi bpk aku mrah2 aku keter aku kedekut....lagi satu perlu ker aku mggadaikan aper harte yg aku ader...... selame nie aper yg aku buat tuk family x pernah pun terima ucapan terima kasih .... even aku nier dah due kali konvo, satu2nyer anak yg mmbanggekan namer kelurga x pernah pun dihargai, x pernah piun dpt ucpn tahniah... apertah lagi hadiah kjayaan.... betul kate kak hazel"kadang2 dorang nie susuh dimengeerti".... biarlah aku further study to the next level, bwak diri jauh dari family kalo itu yg dorang nak selame nier

PenGkid HaraM


KUALA LUMPUR - Kecenderungan segelintir wanita mengamalkan budaya pengkid, istilah yang menggambarkan penampilan dan kelakuan umpama lelaki mendorong Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan ia sebagai haram.

Namun, pengharaman itu lebih menjurus kepada kelakuan melampau bagi pasangan sejenis memandangkan aspek pakaian bukan lagi satu isu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz berkata, ketetapan itu berdasarkan kepada kecenderungan wanita untuk berkelakuan seperti lelaki semasa bergaul dengan pasangan mereka yang juga kaum sejenis.

"Ia bukan sekadar (merangkumi) pakaian sahaja. Etika pakaian dah jelas halal dan haram.
"Tapi yang kita tekankan ialah yang kelakuan menyerupai lelaki dan menjadikan pasangan wanitanya sebagai teman seksual,'' kata beliau ketika dihubungi di Kota Bharu selepas menghadiri muzakarah dua hari Majlis Fatwa Kebangsaan semalam.

Ia reaksi segera beliau terhadap kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin semalam mengenai keputusan mengharamkan perbuatan wanita yang cenderung kepada kegiatan seksual sebagai lelaki sedangkan mereka adalah wanita sejati.
Majlis turut membuat ketetapan untuk membolehkan seseorang cucu mewarisi harta pusaka datuk mereka sekiranya bapa mereka meninggal dunia terlebih dahulu daripada datuk mereka.
credit to kosmo....