Istimewanya rekaan terbaru Rizalman kali ini adalah kombinasi rekaan Melayu kontemporari yang romantik dan moden.
MELANGKAH ke alam perkahwinan begitu indah dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila menyarungkan busana persandingan nan indah. Dandanan sanggul dan kelopak bunga yang tersemat di kepala pasti menambah anggun. Lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan pakaian pengantin yang bercirikan tradisional.
Justeru bagi memastikan busana warisan Melayu tidak ditelan dek zaman, pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim menghasilkan rekaan pakaian pengantin terbaru, Blanc 08.
Istimewanya rekaan terbaru beliau ini adalah kombinasi rekaan Melayu kontemporari yang romantik dan moden. Koleksi busana pengantin yang terdiri daripada baju kebaya, baju kurung dan gaun telah mendapat sentuhan aksesori moden dan Barat. Antaranya ialah baju dalam tanpa tali, potongan duyung, fabrik hiasan tepi yang penuh dan sutera sifon yang lembut pada setiap bahagian baju.Meskipun rekaan koleksi Blanc 08 ini tampak ringkas dan berona putih suci, namun tatkala si pengantin menyarungkannya, busana ini akan kelihatan terletak cantik pada tubuh.Bagi menaikkan gaya penampilan pengantin pada hari persandingan, Rizalman turut menggunakan kain renda Perancis berwarna lembut dengan taburan labuci, kristal Swarovski serta manik. Bukan itu sahaja, koleksi Blanc 08 juga menawarkan gaun dalam rekaan dimensi yang terbaru. Diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi seperti sutera dan sifon serta dihasilkan daripada buatan tangan, busana ini tercipta begitu indah dan semula jadi.

Dapatkan koleksi Blanc 08 di butik Rizalman Ibrahim Grand Bridal Salon, 110 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, hantarkan e-mel kepada admin@ rizalmanibrahim.com.my atau hubungi 03-21416149.

0 comments:
Post a Comment