80 Kesan Buruk Gula

Jangan sangka yang luarnya manis, putih bersih berkilau bak kristal itu baik juga memakannya. Sedapnya sedikit sahaja tetapi keburukan mengambil gula badan sendirilah yang menanggungnya.
Adakah badan kita perlukan gula? Bukan mahu bersikap prejudis terhadap gula tetapi inilah realitinya. Jika sebelum ini, kita selalu dimaklumkan bahawa tidak banyak, sedikit badan memerlukan gula. Namun, sebenarnya gula tidak diperlukan langsung! Kenyataan ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga. Bermakna gula tidak perlu diambil terus, cukup dengan glukosa yang diperoleh dari sumber lain yang lebih berguna untuk badan.

80 IMPAK BURUK PENGAMBILAN GULA (diantaranya....)
1. Melemahkan sistem imunisasi tubuh (melawan penyakit)
2. Mengganggu imbangan galian dalam tubuh
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak berasa cepat mengantuk, malas dan kurang cergas
5. Kemerosotan pencapaian akademik kanak-kanak
6. Meningkatkan paras trigliserid
7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria
8. Merosakkan buah pinggang
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)
10. Menggalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)
11. Mengurangkan kromium dalam badan
12. Mengurangkan kuprum dalam badan
13. Mengganggu serapan kalsium dan magnesium oleh sistem badan
14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi
credit to Eh.com.my

0 comments: