Pemandu teksi dapat sarjana

KUALA LUMPUR - Hanya merasakan dirinya lemah dari segi kebolehan berkomunikasi, seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, yang sebelum ini nekad melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana.
Dengan tekad sekali melangkah, tidak akan menoleh ke belakang, datuk kepada tiga orang cucu itu mengakui, walaupun kejayaan itu dikecapi agak lewat, namun ia sesuatu yang amat bermakna buat beliau.
"Saya hanya berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebelum ini dan telah menjadi pemandu teksi selama 13 tahun.


"Tetapi saya merasa masih kekurangan dalam aspek komunikasi menyebabkan saya nekad membaiki kelemahan itu dan pada tahun 2002 saya mengambil Ijazah Komunikasi," katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-32 di sini semalam.


Menurut Ishak, apabila tamat peringkat ijazah pada 2006, beliau terus melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Korporat selepas mendapat dorongan daripada isteri dan lima orang anaknya.


Jelasnya, beliau mampu belajar selama dua jam setiap hari tanpa sebarang masalah kerana kerjayanya sebagai pemandu teksi memberinya waktu yang fleksibel.


"Sebenarnya banyak masa pemandu teksi terbuang semasa menunggu penumpang dan pada waktu itulah saya gunakan untuk mengulang kaji.


"Saya secara peribadi bangga dengan pencapaian hari ini kerana ia dapat membuktikan bahawa pemandu teksi pun sebenarnya dari golongan terpelajar.


"Di negara maju ramai pemandu teksi adalah lepasan universiti, tetapi kesedaran itu belum timbul di kalangan pemandu teksi negara ini," ujarnya.


Ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas ini, Ishak memberitahu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan.

credit to kosmo....
p/s mcm kak joey sgat... bljr, keje, bljr....sumer bolh jadi asalkan ade kemahuan dan usaha ua ll...

1 comments:

  Anonymous

October 20, 2008 at 1:46 PM

Semalam cik Kembang pergi Pesta Konvo UPM, tak berapa nak meriah compared to those years...

Cik Kembang hanya dapat beli beberapa pokok buah-buahan jer..