Fashion ArtisT








Nielah Dinamekan Artis yg pandai Bawak Design Baju.................

TenGku Azura SuperTopModeL



















Nie lah my Fav Model.... Kerana die gak aku pun penah menang artikel kat glam....tengku azura nie mmg low profile.... aku mmg suker care die bwak design baju tu kat pentas catwalk... idup sgt baju tu... very drama... satu ari nanti azyra mesti pakai baju aku... aku akan pastikan die akan catwalk di pentas Finale peragaan dgn aku..... May god Bless Me...

Hazel Di Mane2






Kemunculan kakak dimane2 warge lembah medan Harun Bersedia menanti kemunculan kakak nie.......................

Warna mamPu RedaKan TekanaN

Warna mampu redakan tekanan

ANDA mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah berkenaan. Pilihan warna bilik tidur dan kesihatan dapat membantu:

Merah
Hilangkan masalah sakit kepala
Kajian mendapati bahawa merah dapat membantu mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya, letakkan tuala lembap berwarna merah di atas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin

Biru
Mengurangkan tekanan di tempat kerja
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru. Ia berupaya merangsangkan suasana tenang dan ia dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” komputer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang

Merah jambu
Elakkan insomnia
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa pada waktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna berkenaan. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik!

Jingga
Ceriakan mood
Apabila anda berasa murung atau cuba mengembalikan tenaga, cuba sesuatu yang berwarna jingga pasti mood anda akan berubah.

Hijau
Lenyapkan keletihan
Ada pendapat mengatakan hijau mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Mudarat merokok




Merokok membahayakan kesihatan. Walaupun amaran sedemikian bukan lagi baru bagi golongan perokok, mungkin huraian maklumat ini boleh menjelaskannya....


ADAKAH masih ramai perokok yang menyangkal kebenaran betapa tabiat mereka itu mendatangkan kemudaratan pada mereka satu hari nanti? Atau ada yang berkata; 'Saya merokok secara sosial sahaja' atau 'oh, memang saya merokok tetapi saya sering bersenam'. Mungkin itu antara alasan mereka yang masih ego.
Dalam sedar, golongan ini sebenarnya cuba menafikan tentang 'resipi' tembakau yang sebenarnya penuh dengan kandungan yang menjejas kesihatan dan menyebabkan ketagihan. Sedangkan sudah banyak bukti saintifik menunjukkan bahawa tabiat merokok mengganggu kualiti hidup sepanjang hayat.

Juga bukan janggal apabila ia dikaitkan dengan kematian dan gangguan keupayaan sistem dan fungsi tubuh.
"Sama ada seseorang itu merokok secara sosial atau tidak, dia tetap dikategorikan di bawah Klasifikasi Penyakit Antarabangsa (IDC). Maka jelas, merokok adalah suatu ketagihan, dan ketagihan adalah penyakit," kata Ketua Jabatan Pengamal Farmasi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan, Profesor Madya Dr. Mohamad Haniki Nik Mohamed.
Lanjutan daripada ketagihan itu, tabiat merokok meningkatkan risiko barah yang pelbagai, terutamanya kanser paru-paru. Lebih dikhuatiri adalah risiko penyakit jantung, strok, emfisema (udara dalam tisu) dan beberapa lagi penyakit. Ada sesetengahnya menjadi titik awal ancaman kematian bagi perokok tersebut.


Malang bagi golongan wanita, mereka berhadapan dengan beberapa lagi risiko kesihatan. Sebagai contoh, merokok ketika hamil memberi masalah kepada si ibu dan kepada anak yang dikandung. Malah, kesan buruk itu boleh kekal pada anak itu sesudah ia dilahirkan.
Tabiat buruk itu juga menggandakan kemungkinan wanita tersebut mengalami keguguran spontan, menjejas membran dan plasenta, serta kelahiran pramatang.
Lebih menyedihkan, terdapat banyak masalah seperti ini dilaporkan hanya kerana si ibu itu menjadi perokok pasif. Bukan kerana dirinya tidak ambil peduli tentang bahaya rokok, sebaliknya si suami atau orang di sekelilingnya tidak memberi ruang nafas yang bersih dan selamat untuknya.


Timbalan Pengarah Kesihatan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Dr. Sallehudin Abu Bakar, pula menyampaikan rasa bimbangnya terhadap generasi muda masa kini yang semakin mudah tertarik pada tabiat ini.


"Ramai golongan muda (yang masih di bangku sekolah) sudah tahu merokok dan secara purata menghisap kira-kira lima batang rokok sehari. Bilangan dan kekerapan itu semakin berkembang mengikut tempoh masa tertentu. Bagi mengatasi keadaan ini, hanya program pendidikan dan kesedaran boleh dilakukan dari semasa ke semasa," ujarnya.


Dalam sebuah statistik terkini, Sallehudin menjelaskan bahawa daripada jumlah pesakit yang mengalami gangguan kesihatan akibat tabiat merokok di negara ini, sebanyak 25 peratus daripada mereka menghidap barah paru-paru, 25 peratus menghidap penyakit jantung koronari, strok (20 peratus), COPD (15 peratus) dan selebihnya penyakit-penyakit lain.
Walaupun sudah jelas perangkaan itu menunjukkan ancaman, namun kes kematian yang mempunyai kaitan dengan tabiat merokok tidak pernah susut dan ia melibatkan kos rawatan yang tinggi.


"Percayalah, masih ada banyak jalan dan kaedah untuk berhenti. Di negara ini, banyak pihak boleh dirujuk untuk tujuan tersebut. Seseorang perokok perlu menanam tekad yang sebenar-benarnya demi masa depan diri dan keluarga mereka," kata Sallehudin optimis


Melihat senario yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini, mungkin kita boleh berfikir sendiri. Yang manakah perlu dipergiatkan - mengumpulkan lebih ramai perokok dewasa yang nekad untuk berhenti, ataupun meneruskan usaha mengekang tabiat merokok di peringkat awal usia?
p/s Khas Buat kawan2 ku.... Kakak, LemoN tree.. Dan Mckay yg on Off Smoker tu...

Seputih salju



Istimewanya rekaan terbaru Rizalman kali ini adalah kombinasi rekaan Melayu kontemporari yang romantik dan moden.

MELANGKAH ke alam perkahwinan begitu indah dan menyeronokkan, lebih-lebih lagi apabila menyarungkan busana persandingan nan indah. Dandanan sanggul dan kelopak bunga yang tersemat di kepala pasti menambah anggun. Lebih-lebih lagi jika dipadankan dengan pakaian pengantin yang bercirikan tradisional.
Justeru bagi memastikan busana warisan Melayu tidak ditelan dek zaman, pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim menghasilkan rekaan pakaian pengantin terbaru, Blanc 08.
Istimewanya rekaan terbaru beliau ini adalah kombinasi rekaan Melayu kontemporari yang romantik dan moden. Koleksi busana pengantin yang terdiri daripada baju kebaya, baju kurung dan gaun telah mendapat sentuhan aksesori moden dan Barat. Antaranya ialah baju dalam tanpa tali, potongan duyung, fabrik hiasan tepi yang penuh dan sutera sifon yang lembut pada setiap bahagian baju.Meskipun rekaan koleksi Blanc 08 ini tampak ringkas dan berona putih suci, namun tatkala si pengantin menyarungkannya, busana ini akan kelihatan terletak cantik pada tubuh.Bagi menaikkan gaya penampilan pengantin pada hari persandingan, Rizalman turut menggunakan kain renda Perancis berwarna lembut dengan taburan labuci, kristal Swarovski serta manik. Bukan itu sahaja, koleksi Blanc 08 juga menawarkan gaun dalam rekaan dimensi yang terbaru. Diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi seperti sutera dan sifon serta dihasilkan daripada buatan tangan, busana ini tercipta begitu indah dan semula jadi.


Dapatkan koleksi Blanc 08 di butik Rizalman Ibrahim Grand Bridal Salon, 110 Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, hantarkan e-mel kepada admin@ rizalmanibrahim.com.my atau hubungi 03-21416149.

Padankan warna


Bingung memikirkan warna pakaian apa yang perlu dipakai untuk ke pejabat? Dapatkan tip ringkas mengenainya.

MEMADANKAN warna antara baju, seluar, sut dan tali leher kadang kala membuatkan kaum lelaki pening kepala. Kita sering tertanya-tanya adakah warna tali leher yang dipilih itu padan dengan kemeja yang akan dipakai ke pejabat.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa ia tidak penting dan mengambil pendekatan tidak peduli. Tetapi awas, jika tersilap langkah, anda boleh menjadi bahan ketawa hanya kerana pemilihan warna tali leher, kemeja dan seluar membuatkan anda seperti serba tidak kena.
Jangan bimbang, anda tidak perlu terlalu memikirkan tentang padanan warna yang kompleks, sebaliknya anda hanya perlu mengetahui asas koordinasi warna-warna ini. Mempelajarinya juga tidaklah sesukar yang disangka.

Putih sesuai untuk apa sahaja
Bagi mereka yang mempunyai banyak kemeja putih, berita baik untuk anda. Ini kerana baju putih boleh dipadankan dengan apa jua warna tali leher, sut atau seluar. Bagi tali leher, anda boleh memilih tali leher yang mempunyai banyak warna dan corak.
Seeloknya, padankan kemeja putih dengan tali leher berwarna gelap, bercorak atau jalur. Kemudian, sempurnakan penampilan anda menerusi sut hitam atau kelabu. Pasti tiada siapa yang akan mengutuk anda selepas ini.

Kelabu sesuai dengan warna cerah
Gunakan warna kelabu untuk mengawal apa jua bentuk eksperimen dengan warna. Warna kelabu mempunyai ciri yang hebat untuk mengurangkan tarikan warna-warna terang. Boleh dikatakan warna ini mampu dipadankan dengan hampir semua warna.
Jadi, jika anda mahu menguji kesesuaian warna atau menambah warna pada pakaian tanpa bersifat berlebih-lebihan, pakailah pakaian yang berwarna kelabu sama ada seluar, baju sejuk atau jaket bagi mengurangkan kekuatan warna-warna garang.
Penggunaan warna kelabu dalam berpakaian bukan sahaja membuatkan anda kelihatan bijak memilih warna, malah warna kelabu adalah warna yang sofistikated, klasik dan cool.

Jangan pakai seluar berwarna pelik
Tidak kira siapa anda, jangan sekali-kali memakai seluar berwarna yang nampak pelik hingga menarik perhatian orang lain. Maksudnya, bagi seluar slack, chinos jeans atau sebagainya, terdapat warna-warna yang sudah pun sebati dengannya.
Misalnya seluar berwarna hitam, kelabu, coklat dan khakis adalah warna seluar yang patut ada di dalam almari anda. Memakai seluar berwarna terang seperti merah, kuning atau hijau hanya membuatkan anda kelihatan seperti badut.
Pastikan warna seluar yang dipakai tidak menyerlah berbanding warna baju dan tali leher.

Gunakan warna dalam 'keluarga' sama
Untuk penampilan terbaik, semua warna yang ada pada pakaian seharusnya padan dengan kumpulan warna yang sama. Berdasarkan konsep warna asas 'keluarga' warna ini, ia mewakili darjah terang atau gelap bagi setiap warna yang anda minati.
Salah satu tip yang boleh diaplikasikan ialah cuba bayangkan bagaimana warna yang dipilih itu akan muncul dalam foto hitam putih. Misalnya, gunakanlah warna pastel dengan warna pastel yang lain.

Gunakan padanan roda warna
Sekiranya anda bijak melakukan padanan dengan warna-warna yang bersesuaian, pujian akan datang kepada anda. Warna yang terletak bertentangan di atas roda warna dikira sebagai padanan yang baik.
Misalnya merah dan hijau, kuning dan ungu, biru dan jingga. Memadankan warna-warna sebegini adalah petanda anda mempunyai keyakinan tinggi, bijak berpakaian dan mampu menghasilkan penampilan yang menyerlah berdasarkan kumpulan warna tersebut.
Mungkin anda boleh mencuba mengenakan kemeja biru berkotak dengan tali leher berwarna jingga. Gandingan ini memberi gaya moden dan sofistikated.