opis baru

dah lamer rasenyer x update blog nie... bzzz sgt ...ari nie aku dah posting tmpt baru ,new environment, new friendz, new segale2 nyer....
opis baru nie quite skema lah, sumenyer nak dilog kan even gi breakfast pun... pelik kan...
dan yg penting bdk2 nie sumernyer trtipu ngan wajah aku nie... mati2 dorang ingat aku nie umo 23 kan.... padahal mase nak buat daftar nama tadi terkantoi tgk ic aku tu.... lucu kan.... terkecut gak dorang tau umo aku nie dah 27 thn..berkesan sgt produk yg aku pakai tu....walupun xjam tu selalu keep secret produk aper yg die pakai.... x pelah saingan sihat.... walupun sumernyer rahsiakan......

satu Impian

Segalanyer Bakal Menjelma.....
ImpiaN aku Selama nie...............
Doakan kejayaan Aku kawan2

Kemaruk tukar jantina


Thailand dipercayai menjadi salah sebuah negara yang mempunyai jumlah populasi terbesar di dunia yang melakukan pembedahan penukaran jantina.

VALEE Pancharoen menyaksikan sendiri perubahan anak lelakinya yang semakin meningkat remaja. Pertama dia mewarnakan kukunya, kemudian memakai rambut palsu dan akhirnya berpakaian seperti wanita yang telah dipakainya sejak dahulu tetapi disorokkan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Kini, perubahan Ponchalearm, 18, semakin ketara dengan tubuhnya yang ramping dan memakai pakaian seksi.
Keluarganya kini telah membincangkan sama ada Ponchalearm sudah bersedia untuk melakukan penukaran jantina.

"Ini kehidupan saya dan saya telah mengambil keputusan bahawa saya perlu melakukannya sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti.

"Saya rasa gembira dengan apa yang dilakukan ini. Ia begitu seronok di mana saya boleh menampilkan diri saya seperti yang diingini. Saya bertuah kerana mempunyai rakan-rakan dan keluarga yang memahami diri saya," kata Ponchalearm.

Ketika dia bercakap, ibunya dengan perlahan mencelah untuk melahirkan kebimbangannya bahawa Ponchalearm terlalu muda untuk memahami kesan jangka panjang terhadap keputusan yang bakal dibuatnya kelak.

Cuba pertimbangkan perkara ini. Awak masih terlalu muda. Banyak masa lagi untuk memikirkannya. Kalau boleh, buat keputusan yang tepat untuk melalui kehidupan yang sempurna," katanya.

PEMBEDAHAN menukar jantina kini merebak di seluruh dunia termasuk di India.
Sejak dua tahun lalu, Ponchalearm begitu teruja dan ingin sekali menjalani pembedahan menukar jantina. Kini, pada usia 18 tahun, di bawah peraturan kesihatan Thailand yang baru, dia boleh membuat keputusan sendiri secara sah.

Peraturan tersebut mula diperkenalkan pada April lalu selepas pihak berkuasa kesihatan menjadi cemas dengan cerita dan debat dalam kalangan orang awam mengenai remaja bawah umur yang mahu menukar jantina mengikut kehendak sendiri.

Beberapa aktivis gay dan ibu bapa bimbang mengenai potensi atau kesan yang bakal diterima oleh tubuh terhadap pembedahan di mana mereka berharap usia bagi membuat sebarang keputusan sendiri harus ditingkatkan kepada 20 tahun.

"Mereka cuba melakukan segalanya untuk menjadikan diri mereka kelihatan seperti wanita sejati. Kenapa mereka tidak boleh lupakan tentang kecantikan luaran dan melihat apa yang ada di dalam hati?," kata Ketua Kumpulan Politik Gay Thailand, Nathee Teerarojanapong.
Thailand dipercayai menjadi salah sebuah negara yang mempunyai jumlah populasi terbesar di dunia yang melakukan pembedahan menukar jantina. Pakar akademik menganggarkan sekurang-kurangnya 10,000 rakyat Thailand hidup sebegini meskipun jumlah sebenar adalah 10 kali ganda lebih ramai.

Pembedahan untuk membuang alat sulit lelaki hanya mempunyai sedikit risiko pada fizikal tetapi kesan sampingan hormon dadah yang mesti diambil untuk mempercepatkan perubahan daripada lelaki kepada wanita boleh menyebabkan pertambahan berat badan, kehilangan otot dan nafsu berahi serta sentiasa merasa penat.

Selain daripada kesan psikologi, beberapa doktor yang pakar dalam pertukaran jantina menegaskan bahawa kesan sampingan fizikal yang diterima adalah dibesar-besarkan.
"Sebenarnya tiada kesan sampingan yang serius. Orang ramai cuma memperkatakan tentang perkara yang mereka tidak ketahui. Aktivis-aktivis ini melukakan hati individu yang melakukan perubahan jantina," kata Thep Vechavisit, doktor yang mengetuai pembedahan penukaran jantina di Thailand.

Langkah terbaru kini memerlukan lelaki mempertimbangkan keputusan mereka selama setahun dan berjumpa pakar psikologi untuk menjalani pemeriksaan terhadap kesesuaian dan persediaan mental sebelum melakukan pembedahan.

"Biasanya, mereka adalah orang yang terlalu muda apabila membuat keputusan untuk berubah menjadi wanita sepenuhnya. Mereka datang dan menyatakan kesediaan. Sepanjang 20 tahun terlibat dalam kes sebegini, saya hanya mempunyai seorang pesakit yang datang dan berkata 'doktor, saya mahukan zakar saya kembali'," kata Thep.
Dalam kes Ponchalearm pula, ibunya sanggup menurut kehendak anak lelakinya itu demi melihatnya bahagia.

"Kalau boleh, saya tidak mahu dia melakukan perubahan besar seperti ini. Malah saya mahu dia terus kekal sebagai lelaki sejati sama seperti ketika dia dilahirkan. Tetapi saya hormati kehendaknya. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap anak saya," ujar Valee. - AFP


Credit to kosmo

Ilham untuk puteri raja





Sekembalinya pereka terkemuka dunia Zang Toi ke tanah air baru-baru ini adalah atas dua sebab penting. Pertama untuk melancarkan Himpunan Zang Toi Fall & Resort 2008 dan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara beliau. Begitupun, ada seperkara lagi yang amat bermakna bagi beliau di atas kepulangannya itu dan beliau merasakan sungguh bertuah kerana dapat menyertainya. Ikuti bicara ringkas Elemen Fesyen bersama pereka kebanggaan Malaysia ini.

SEPERTI biasa, perwatakannya yang peramah dan mesra terus terpancar sebaik sahaja beliau muncul. Menyapa dan bertanyakan perkembangan masing-masing setelah setahun kami tidak bersua, Zang Toi nampak ceria walau sedikit susut berat badannya. Bagaimana tidaknya, dengan jadual kerja yang padat dan barisan pelanggan VIP serta selebriti bertaraf Hollywood yang harus beliau layan, itu sudah cukup untuk memenuhi setiap minit hariannya. Itu belum lagi mengambil kira betapa kerapnya beliau harus ke luar negara untuk tujuan mencari bahan baru dan menerajui perniagaan butiknya di New York.


STAILO
Ilham untuk puteri raja
Sekembalinya pereka terkemuka dunia Zang Toi ke tanah air baru-baru ini adalah atas dua sebab penting. Pertama untuk melancarkan Himpunan Zang Toi Fall & Resort 2008 dan menghadiri majlis perkahwinan anak saudara beliau. Begitupun, ada seperkara lagi yang amat bermakna bagi beliau di atas kepulangannya itu dan beliau merasakan sungguh bertuah kerana dapat menyertainya. Ikuti bicara ringkas Elemen Fesyen bersama pereka kebanggaan Malaysia ini.

ZANG TOI kini sibuk melakar ilham untuk menghasilkan satu ciptaan istimewa buat puteri Diraja Kelantan.


"I'm so happy to be back home," kata pereka antarabangsa dan anak kelahiran Kuala Kerai, Kelantan ini. "Tapi, saya sedang alami gangguan perut," katanya ketawa sambil menoleh kepada abangnya, Tse Loun Toi yang turut bersama kami. "Saya tak boleh berterusan makan begini, I'll be in trouble."

ZANG TOI mengekalkan kasut tumit tinggi dan bermuncung runcing.
Begitulah keadaan beliau setiap kali berpeluang kembali ke tanah air. Setiap hari, beliau berjamu hidangan tempatan kegemarannya hingga sering mengalami sakit perut atau terganggu kesihatan dek terkejut dengan bahan-bahan panas seperti cili dan rempah yang bukan sebahagian daripada rutin menunya di New York. Begitupun, baginya keseronokan pulang bertemu sanak saudara dan rakan-rakan menjadi lebih bermakna apabila masing-masing berebut-rebut untuk menjamu beliau dengan pelbagai hidangan tempatan kegemarannya.
Mempunyai reputasi sebagai seorang pereka Asia yang berjaya menambat hati VIP dan kaya ternama melalui hasil kreativiti dan cita rasa beliau yang anggun dan penuh glamor, penyertaan Zang Toi di dalam pertunjukan fesyen amal Royal Glamor and Elegance pada majlis santapan malam Royals and Arts - Seni Diraja adalah satu kerjasama yang amat bertepatan sekali.
Merupakan juga seorang pereka yang banyak menyumbang kreativiti dan bermurah hati menyertai kerja-kerja di Amerika, Zang Toi percaya bahawa setiap orang, pada satu-satu masa, pasti akan memberi sumbangan amal apalagi jika mereka berada di dalam kedudukan selesa.
Hari ini, menggunakan kreativiti, kemahiran dan kepakaran untuk disumbangkan bagi tujuan amal jariah merupakan satu cara yang sangat berkesan. Ia juga adalah cara paling sesuai dan pantas bagi sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk menderma dan menyumbang kepada badan-badan amal, selain sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Peluang penuh bermakna"Memang saya menyukai projek-projek amal seperti ini dan saya berasa cukup bertuah kerana dapat sama-sama menyumbang kepakaran dan kreativiti saya demi membantu mereka yang memerlukan," pintasnya serius. "Membantu ibu tunggal dan anak yatim serta mengutip dana bagi tabung barah servik sesungguhnya satu usaha yang murni dan saya amat terharu kerana dijemput sebagai salah seorang pereka untuk projek ini," tambahnya.
Menurut Zang Toi yang bakal menghasilkan satu ciptaan istimewa buat puteri Diraja Kelantan, Yang Mulia Tengku Ony Qistina, peluang tersebut amatlah bermakna bagi beliau kerana sebagai seorang rakyat Malaysia dan berasal dari Kelantan, gabungan itu beliau lihat sebagai satu simbolik dan sinergi yang istimewa.

Apa yang bakal beliau hasilkan, katanya adalah ilham daripada imej dan cita rasa seorang puteri raja. Sebagai contoh memandangkan puteri raja sering dikaitkan dengan keanggunan dan dan glamor, ciptaannya akan berteraskan kepada potongan dan gaya yang feminin dan penuh dengan ciri-ciri glamor.

"Namun begitu, kesopanan dan kedaulatan keluarga diraja perlu dititikberatkan," katanya serius. "Lebih-lebih lagi bagi adab kesopanan kita, maka saya akan pastikan pakaian itu nanti bakal mempamerkan kejelitaan Tengku Ony sekali gus membuat beliau nampak glamor dan anggun, tapi bukan seksi," tambahnya lagi setelah berbincang tentang peranan seorang puteri dan kesopanan pakaian puteri raja bersama abangnya, Tse Loun Toi.
Penting yang beliau harus sentiasa ingatkan katanya ialah mengelakkan pakaian tidak berlengan atau terdedah. Untuk menghasilkan ciptaan yang seksi dan membuat pemakainya anggun, bagi Zang Toi, rekaan itu tidak semestinya mendedah atau senteng tetapi sebaliknya, jika bijak bermain dengan potongan dan fabrik yang dipilih, itu sudah cukup untuk impak yang diinginkan.
Dengan fabrik istimewa yang dipilih daripada butik tekstil terkemuka Jakel, beliau yakin pakaian tersebut akan menyerlah dan menjadi di antara pakaian paling indah pada malam tersebut. Untuk tujuan amal tersebut, beliau menyeru agar rakyat Malaysia sama-sama menyertainya dengan menyumbang pembelian meja untuk Majlis Santapan Malam Amal Royals and Arts - Seni Diraja yang bakal berlangsung pada 22 Ogos ini di hotel One World, Kuala Lumpur.

SETIAP pasang kasut dibuat daripada fabrik satin dan baldu bermutu tinggi.
Pertunjukan fesyen, Royal Glamor and Elegance ini adalah antara salah satu tarikan pada malam tersebut yang mana 18 orang puteri raja daripada sembilan negeri beraja di Malaysia bermurah hati untuk memperagakan ciptaan daripada 20 pereka yang bakal menghasilkan pakaian untuk mereka dengan menggunakan fabrik mewah sumbangan Jakel demi mengutip derma bagi tabung yang disebutkan tadi.

Himpunan Musim-Luruh Resort 08Di Amerika, musim demi musim, Zang Toi telah lebih dua dekad mengujakan penonton dan peminatnya setiap kali beliau memperkenalkan koleksi terbarunya. Ada sahaja elemen terkini yang beliau suntik ke dalam setiap helai ciptaannya walaupun mengekalkan identiti anggun dan glamor yang menjadi mercu tanda imej beliau.
Itulah keistimewaan Zang Toi sekali gus menjawab persoalan mengapa setiap musim, pertunjukan pentasnya menjadi tumpuan media terutama editor majalah terkemuka antarabangsa seperti Vogue, Bazaar dan Vanity Fair.

Pada Februari lalu, pertunjukan fesyen beliau yang mempertontonkan himpunan Andirondacks di Mercedes Benz, New York City untuk Minggu Fesyen Musim-Luruh 2008 dianggap paling menarik dan mendapat liputan memberangsangkan daripada media.
Himpunan tersebut beliau bawa pulang khas untuk projek mengutip tabung amal yang dianjurkan bersama Hotel Istana Kuala Lumpur dan Chartreuse Couture Sdn Bhd (Zang Toi, KL). Hasil kutipan derma tersebut adalah untuk mengisi tabung National Cancer Society of Malaysia, The Lance Armstrong Foundation New York (untuk tujuan pengkajian antarabangsa) dan PAWS (Animal Welfare Society) Malaysia.

Bagi koleksi istimewa ini, Zang Toi mempertontonkan elemen dramatik, glamor, klasik hitam, merah dan putih, sementara elemen logam seperti perak, keemasan dan gangsa menambah watak dan peribadi kepada himpunan tersebut.
HIMPUNAN siap pakaian daripada Zang Toi.

Aksesorinya juga menawan dan segar tetapi masih mengekalkan identiti Zang Toi yang klasik, penuh dengan ciri-ciri moden dan untuk gaya wanita canggih. Kasutnya sebagai contoh adalah daripada jenis bertumit sederhana hingga ke tumit tinggi dan bermuncung runcing. Yang pasti, terdapat pelbagai pilihan menawan dan anggun disediakan oleh Zang Toi daripada himpunan kasut ready-to-wear beliau.

Menarik buat musim ini dan perlu dimiliki oleh setiap wanita ialah kasut rekaan peep-toes atau jenis terbuka di hujung jari. Selain cantik dan seksi, kasut jenis ini akan menjadi salah satu fashion comeback yang begitu ketara sekali.

Bagi memberi pilihan yang lebih meluas, Zang Toi menyediakan empat himpunan classic peep-toes dengan sentuhan moden untuk disesuaikan dengan keinginan dan gaya hidup wanita kini yang canggih.

Pilihan kombinasi warnaContohnya, Sexy and Bold, ZFC-PM8C8 boleh didapati di dalam beberapa pilihan kombinasi warna seperti kelabu dan merah jambu, hijau serindit dan hitam, merah dan ungu serta hitam dan merah. Setiap satu diperbuat daripada fabrik satin dan baldu bermutu tinggi dan tapaknya pula diperbuat daripada kulit bermutu yang beliau katakan amat sesuai untuk digayakan ke mana juga, mahupun untuk majlis siang dan berpesta pada waktu malam.

Namun begitu, menurut beliau, stilettos bertali masih dan akan terus menjadi satu barangan fesyen idaman wanita. Untuk himpunan kali ini, beliau mengenengahkan cita rasa vibran dengan suntikan warna-warna metalik serta hiasan permata yang mempamerkan glamor dan keanggunan bila dipakai.

Seperti biasa, setiap kali pasti ada satu kejutan dan pembaharuan yang beliau hasilkan untuk menguja peminat serta penonton pada pertunjukan pentasnya walaupun sesetengah ciptaan adalah a comeback, tetapi bila ia mendapat sentuhan pereka unggul ini, hasilnya akan menjadi sesuatu yang baru dan mencetus aliran terkini.

Memperkatakan itu, himpunan musim Luruh 2008 ini tentu sahaja tidak dapat mengenepikan kasut-kasut signatur Zang Toi yang merupakan rekaan klasik dengan fabrik bercorak bunga. Bagi 'penagih' tegar kepada himpunan Zang Toi ini, rangkaian ZFC-WD7H1 pasti sahaja akan menjadi penawar.

Antara lain yang menarik, terdapat juga himpunan edisi terhad yang disempurnakan oleh pereka ini sendiri dan dikatakan oleh media dan pemerhati fesyen sebagai satu himpunan yang mampu melonjakkan imej pereka yang beroperasi di New York ke satu paradigm shift yang membanggakan dan dinanti-nantikan oleh pengulas dan pengkritik fesyen.
credit to kosmo

Gerak badan ketika bercakap

Merenung
seorang yg berkeinginan atau peminta kerana renungan ituseolah-olah membawa maksud bahawa dia ingin mengenalpastiapakah yang boleh ditawarkan kepadanya samaada dari segiperhubungan cinta atau persahabatan
Memandang mata
ini melambangkan bahawa dia suka berterus terang dan mengharapkan kejujuran dari pada orang lain dan dia jugamemberi perhatian serius terhadap apa yang diberitahu kepadanya selain dari pada itu dia juga sangat menjagahati orang lain tak kiralah teman rapat atau tidak bahkandia beranggapan semua orang sama tahap
suka berdiri
melambangkan sikap suka mengongkong dan suka menguasaiorang lain bahkan dia juga suka mempengaruhi orang lainuntuk mengikuti rentak mereka selain itu mereka juga tidaksuka mengalah
suka berjarak
sangat menjaga perasaan orang lain dan mengambil kiraperasaan orang lain juga
pelbagai
bukanlah mempunyai maksud tertentu hanya sekadar tindakanluar kawalan sahaja namun ia melambangkan bahawa diaseorang yang bertenaga dan bersemangat tinggi dalammengharungi dalam kehidupan dan tidak takut cabaran yang mendatang
credit to Digitalhead Team

Rahsia Diri Ada Pada Hari Lahir

1hb. Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta. Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.
2hb. Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang mampu mengubahnya.
3hb. Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam.menjalani kehidupan. Kamu memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk didekati.
4hb. Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.
5hb. Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung kepada orang-orang yang kamu sayangi.
6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati.Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.
7hb. Kamu seorang yang 'happy go lucky' dan gemar berseronak. Namun sikap kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!
8hb. Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya nafsu semata-mata saja!
9hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan keterampilan diri di mata orang ramai. "Maintain vouge" manjang! Dalam soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang 'setaraf' juga.
10hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan buah hati terasa diri terpinggir!
11hb. Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????
12hb. Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!
13hb. Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu amat pandai menjaga perhubungan.
14hb. Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa. Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!
15hb. Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang suka membuat tindakan 'last minutes'.
16hb. Kamu ini seorang yang moody rupanya....Sekejap mood kamu okey dan sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring dengan sikap kamu itu. Cuba kawal sikit.
17hb. Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri. Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu perasaan sebenar kamu.
18hb. Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.
19hb. Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.
20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu kemampuan si dia!!!
21hb. Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain 'ambil mudah' terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum terlambat.
22hb. Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih seseorang yang kamu akan rasa' selamat' bila berada di sampingnya.
23hb. Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius dalam hidup.
24hb. Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta, kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong si dia.
25hb. Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau kan?????
26hb. Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan saja!!!!
27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!
28hb. Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman. Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu meminggirkan sidia tanpa disedari.
29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.
30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!! 31hb. Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup.Jangan begitu, hargai apa yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!
credit to Digitalhead Team.....

Votes 4 Diva Of JunGLE

(PriNcE)

(RaUnA)

(Joey DannY)

(Kakak HazeL)

(Kak wAn)

(McKay)

(LemonTree)

Cara nak Vote:

VOTEDIVA (NAMA DIVA PILIHAN ANDA) dan send ke 0123655041