Zaid Ibrahim sah letak jawatan anggota Kabinet

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.
"Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini," katanya.
Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas soal perundangan dan kehakiman itu berkata, beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Zaid merupakan peguam terkenal yang menyertai arena politik kemudian dan kini merupakan anggota Umno. Beliau menyertai Umno tahun 2000.Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008.Pada pilihan raya umum Mac lalu beliau tidak dipilih sebagai calon tetapi kemudian menyertai jemaah menteri selaku senator.
credit to mSTAR Online

Rozita Che Wan 'berehat' seketika akibat kanser usus

PELAKON jelita Rozita Che Wan nampaknya terpaksa melupakan seketika karier seninya kerana perlu berehat setelah menjalani pembedahan akibat kanser usus yang dihidapinya, baru-baru ini.Meskipun pada mulanya, Rozita enggan bercerita tentang kesakitan yang dialaminya itu, namun setelah dipujuk dan mengatakan ceritanya kini telah tersebar di internet, Rozita lantas berubah fikiran dan bercerita tentang penyakit yang dihadapi tanpa memberitahu lokasi hospital yang menempatkan dirinya sekarang.

Dia yang kini sedang dirawat di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur bukan sahaja tidak dapat memenuhi undangan berbuka puasa, sesi fotografi raya, malah dia juga perlu menangguhkan penggambaran drama 26 episod Bara Yang Ku Genggam untuk RTM yang sepatutnya di sambung pada 11 September lalu.Usahanya untuk menghabiskan masa cuti selama 10 hari mulai awal bulan ini bersama anak-anaknya juga terbantut.
Sebenarnya saya dah alami sakit ni sejak dua bulan lalu tetapi waktu itu saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Pada 1 September lalu, saya pergi jumpa doktor sebab perut makin membengkak.
"Doktor kata saya menghidap kanser usus. Tetapi kanser ini masih di peringkat awal.
"Dia kata saya perlu melakukan pembedahan untuk membuang ketulan yang berada di usus.

"Saya pun tak tahu sebab apa tetapi penyakit ini diam-diam sahaja dan apabila sampai masa baru saya dapat tahu apabila ia membengkak.

"Bahagian yang bengkak itu di x-ray dan saya terus membuat keputusan untuk terus dibedah.
"Selepas melakukan pembedahan pada hari itu juga, saya ditahan hingga sekarang. Hanya team produksi dan keluarga saya sahaja yang tahu tentang hal ini. Doktor pun nasihatkan saya supaya tidak memberitahu orang lain agar tidak diganggu," kata ibu tunggal kepada dua orang anak ini.
Kata Rozita, dia sudah melakukan dua kali pembedahan usus. Bercerita tentang keadaannya sekarang, Rozita meluahkan rasa sakit dan bosannya apabila hanya terbaring di katil dan tidak boleh terlalu banyak bergerak.

"Tentang makan pula, saya perlu berpantang dari makan makanan laut dan daging. Bagaimanapun, saya tidak lalu makan kerana sakit tekak," ujar Rozita yang ditahan di hospital tersebut hingga pengaliran darah ok dan betul-betul sihat.
Namun setelah keluar hospital, Rozita mungkin tidak dibenarkan untuk terus aktif dalam industri ini.

"Harap-harap raya nanti saya dah boleh keluar dari hospital dan beraya di rumah. Doktor kata saya tak boleh lasak sangat selepas ini. Jadi, saya kena rehat sekejap daripada lakonan," tutur Rozita.

Ketika di hospital, Rozita tidak kesunyian apabila ibu dan anak-anaknya ada datang melawat dan berbuka puasa dengannya.

Walaupun tidak dapat berpuasa, Rozita berkata dia tetap merasai suasana puasa apabila tiba masa bersahur dan berbuka puasa.

"Semasa mak saya bersahur, saya pun turut bersahur. Anak-anak pun ada datang berbuka dengan saya setiap hari.

"Itupun saya bagitahu anak-anak saya terutama yang sulung selepas dia habis menjalani peperiksaan UPSR sebab tak nak dia risau," kata Rozita.

Bertanya tentang persediaan raya, kata Rozita, dia sudah menyediakan baju raya untuk anak-anaknya termasuk diri-sendiri sebelum bulan puasa lagi.

"Saya buat persediaan awal sebab tak mahu ganggu masa bulan puasa. Malam-malam pula saya membawa anak-anak berterawih. Jadi, lepas itu baru ok pergi ke Jalan Masjid India atau membeli-belah di mana-mana," akhiri Rozita yang dijangka menamatkan zaman solonya pada tahun depan
credit to mSTAR Online

Tudung Siti pelengkap gaya Aidilfitri


Cara pemakaian:
1. Sarungkan anak tudung.
2. Sarungkan lapisan tudung luar, pastikan kedudukannya tepat.
3. Sematkan jarum peniti di bahagian tengah kepala.
4. Hasilnya, penampilan anda pasti bergaya.
Jangan lupa sematkan kerongsang sederhana besar di bahu sebagai pelengkap gaya.
credit to berita harian......

Hari yg Menyedihkan










semalam sepeti dijanjikan ngan kakak kat kat opis lame (aku namekan sbgai Kak J) aku tnggu kat komuter subang, yelah janji ngan die dah .... nak temankan gi kursus motivasi... btw die ajak aku ari khamis,, pastu aku tnye kursus aper,,, ala tlglah akak, teman jer... rugilah akak dah bayar nie.. atas rase kesian aku tmnnkan die... ok smbng balik... mase aku tgh tguu kat komuter subang tu, die sms akak on d way... suddently die dtg ngan husband die.. curios lah aku kater x der temankan.. aku pun pikir maybe dir antar je kut... pastu menuju le tmpat kursus yg dicakptu... alih2 terus masuk dalam pyramid... aku pun x pikir aper kan.. dalam hati ..mesti event nie bagus.. dalam keter pun aku ader tnyer saper speaker die.... Husband Kak J ckp lebih hebat dari Dr Fadzilah Kamsah... aku pun malas lah pikir kan... sampai jer parking aku tgk pasal sumer org siap berblazer sumer , very corporate appearance... aku dah syak something... trus aku ... kak J nie event aper?.. die pun cakap nanti kaw tau... ala dah suspect mesti ader yg x kener nie... ko bayangkan ader lebih 2ribu org kan convention centre tu....
last2 MLM.....k SYN... aku sedih taw... seorang kwn bole buat mcm nie tipu aku.... aku mmg sedih... mmg sume kawan aku taw aku x suker MLM nie... aku yg mmg berhati2 pun boleh tertipu....aku mmg dah buat muker lah.... Kak J kater dgr dulu................sumer nyer propa biler masuk skim nier boleh beli bag LV... hello fake ye yg aku tgk dorang bwak tu,,,, sumenyer beli kat bandung , kan... grade A......
Bullshit sgt taw... bodoh ... i dont like every single words that delivered by the speaker... katernyer sume company structure dlam m'sia nie pakai konsep pyramid.... (sblum tu ...speaker propa nie bidang saya management minor in Organizational Behavior) hello! kalo ko mmg bagus organizational Behaviour (OB), Mane konsep structual , matrix, functional kaw tu.... hello nie sume theory die kan..damn lah..... walaupun aku nie x lah bljr tinggi tapi sbgai budak ex Om aku lagi familiar theory2 tu, organizational structure...comeonlah jagnlah menipu k.....aku tekad waktu break jer...mmg aku nak lari... then lemon tree dtg pyramid ... (sempena gi snips).....aku tggu kat machine terus jumper dier ...berambus dari event bodoh tu.... terus lemon tree citer pasal pgalaman die... aku pun phm....as a conclusion hati yang rapuh mmg senang kene tipu ngan MLM nier.... percayalah skim yang aku dtag tu nak ambik duit jer.....tipu org....kalo x caye... plz free to browse this website http://www.consumer.com.my/message/index.php?itemid=850
buat Kak J.... cukup lah sayer kene tipu kali nie...jgn ingat sayer nie lembut, hati saye lembut gak la.... tlg ek hati keras mcm sekeras kelikir....jgn buat org lain mcm nier...tlglah

MajLis Buke Puase


Oleh kerana post "Berbuke di Concorde" mendatangkan Tsunami Commentzzz.... Aperkate sempena public Holiday next week ,,,, nuzul Alquran kiter aderkan Majlis Buke puase ni cadangan i lah..... any suggestionsss.... plz drop ur idea, suggestions here k....

Buke Di Concorde






semalam kakak dah plan nak bukak ngan i kat umah die,,,,, suddenly decision "u all tukar venue bukak puase" ayo ... kat maner... concorde.... tapi mahal u all... kate aku, kakak ckap datang jer..aku pun pegi lah siap2 kan walopun ngan baju kejer sajer... ruper2nyer ader kak min n kak tin.... wah meriahnye.. tapi camera kesayangan i x bawak.... selalu mmg i bawak jer kemaner.... sedih lah x dapt rakamkan aksi2 ghairah kami ketike berbuke tu... masuk jer kat melting pot cafe, we all terus gi meja uyg mmg exclusive tu..... take noter yer sumer staff kat situ patah2 sajer, huhuhu ader sorang tu kalo die x jalan, catwalk, yez tapi bile jalan jer liuk seribu alam k,,, x larat we all... tapi bak kater kak tin,, liuk die u all die boleh angkat tray pinggan mangkuk yang berat tu ngan penuh gaya,,, magkin i angkat due orang ngan kakak x pun ..... x sampai 3 langkah tersungkur u all.... huhuhuh..... mmg berbaloi k ngan pakej buffet ramadhan kat concorde... sgt variety u all... tapi harge pun wariety gak.... RM80+++,, mase makan tu macm 2 lah diceritekan , pengakuan perangai diri sendiri, kutuk adik, rumah kene rombak, bulu mate palsu, laki, gaduh ngan cik ki, statement kawan, berangan diva... byk k..... sorry yer blog readers nie x terdaye nak type semuanyer.....
last but not least.... tq kak tin for entertain us............sory kak min x dapt temankan gi jumper cik ki....huhuhuhuhu

Anggun Koleksi Petang Raya


Rekaan terbaru Bernard untuk lebaran beri ilham bergaya pada musim perayaan

PEREKA Datuk Bernard Chandran tidak perlu pengenalan. Terkenal dengan rekaan tidak dijangkau fikiran, menakjubkan dan tersendiri, Koleksi Petang Raya santapan paling hebat pernah dihidangkan lewat sambutan Syawal Oktober ini.

Satu persatu helaian digayakan model pada pertunjukan fesyennya diadakan baru-baru ini, menyimpang jauh daripada apa yang digambarkan dalam fesyen tempatan.

Lupakan saja keinginan untuk menatap baju kurung berpotongan tradisional kerana pereka hebat ini menawarkan penampilan berbeza untuk digayakan pada petang Aidilfitri. Pengalaman nyata guru terbaik pereka yang menginjak angka 40 tahun ini apabila beliau bijak menyuntik dan menggandingkan elemen moden dalam persalinan lama menjadikan ia cukup anggun serta memikat.

Paling utama penerapan elemen kesopanan menjadi pati dalam himpunan berkenaan. Permainan ilusi khususnya dari segi potongan busana menjadikan pemakaian kelihatan lebih langsing.

Himpunan itu dikhabarkan inspirasi daripada Madame Gres yang menggemari persalinan beralun, lipatan serta kemasan pada bahagian dada menerusi penggunaan fabrik mewah seperti sutera, sifon, renda dan sutera Shantung.

Madame Gres yang dikenali dengan rekaan padat dengan kedutan dan menggunakan sutera jersey selain popular dengan 'dewi' gaun. Nyata gandingan rona dan penggunaan beberapa fabrik menyerlahkan lagi rekaan dipertontonkan petang itu.

"Saya mengutamakan sentuhan baru yang tidak terlalu tradisional iaitu kontemporari glamor. Saya mengutamakan gaya anggun dan keindahan busana itu sendiri," katanya ketika ditemui pada majlis peragaan koleksi 'Petang Raya', baru-baru ini. Bernard mengetengahkan lapan konsep berbeza dengan idea kreatif untuk mencipta satu revolusi busana Muslim yang kreatif. Berkiblatkan aliran fesyen antarabangsa, banyak himpunan menggunakan rona lembut, tetapi terang seperti hijau serindit, biru nila dan putih gading.

Perincian aksesori seperti batu berkilau serta juraian renda pada bahagian lengan, leher dan hujung busana, menjadikan ia cukup eksklusif. Pereka beranak lima ini dilihat masih mengekalkan potongan puff atau gelembung pada lengan dan hujung kaki serta kain. Lengan labuh dan kembang yang terus diminati sementara potongan kain bertingkat beralun cantik mengikut lenggok pemakai. Ciri anggun klasik itu nyata menyerlahkan pemakai.

Bernard menjangkakan polos terus menjadi ikutan musim ini dan ia nyata terserlah dalam setiap himpunan digayakan. Kalau ada pun, corak diketengahkan berbentuk abstrak dan tidak terlalu sarat dengan corak dan permainan rona yang serabut.

Sungguh moden, ada juga kebaya pendek moden atau baju kurung moden labuh dan digandingkan dengan kain berpotongan A yang kembang pada bahagian bawahnya. Baju kurung moden turut dihiasi jahitan beropol bernada kontras pada bahagian dada.
credit to berita harian