Petua Kesihatan

Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru.
Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan.
Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.
Cara untuk mengatasinya ialah :-
Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih.
Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.
Memerahkan Bibir
Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari.
Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.
Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya.
Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian.
Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi.

Memulihkan Tenaga Lelaki
Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.
Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu.

Mengubati Sakit MulutAnak anda mengalami sakit mulut.
Rawatilah dengan cara berikut.
Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air.
Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih.
Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.

Penawar Kencing Manis
Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.
Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Petua Mengelakkan Barah
-Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
-Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
-Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
-Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
-Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
-Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
-Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
-Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
-Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
-Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.
ikhlas dari nenek kebayan....

Bz kak Aku?

Banyaknya bender nak buat...............pening tak... nie lah kehidupan kak joey penuh ngan agenda...tapi kawan2 jgn blacklist i taw ... i setia tuk join maner2 event... huhuhuh

21/10- Minit Mesyuarat (x siap2 lagi)
24/10- Design Submission
24/10-
Jahit dress yang x cantum2 tu...
24/10- Sketches Submission (evening, casual, avant garde)
27/10- Research Proposal Submission (huhuhu nie lah locum i)

30/10- Design sketches baju mak i (tuk konvo i nanti 01 DEC 2008)
30/10- Beading project
30/10- Cari kain u all.... tuk design kebaye i

Joey^^Danny
XOXO...

Pemandu teksi dapat sarjana

KUALA LUMPUR - Hanya merasakan dirinya lemah dari segi kebolehan berkomunikasi, seorang pemandu teksi, Ishak Ismail, 56, yang sebelum ini nekad melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah sarjana.
Dengan tekad sekali melangkah, tidak akan menoleh ke belakang, datuk kepada tiga orang cucu itu mengakui, walaupun kejayaan itu dikecapi agak lewat, namun ia sesuatu yang amat bermakna buat beliau.
"Saya hanya berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebelum ini dan telah menjadi pemandu teksi selama 13 tahun.


"Tetapi saya merasa masih kekurangan dalam aspek komunikasi menyebabkan saya nekad membaiki kelemahan itu dan pada tahun 2002 saya mengambil Ijazah Komunikasi," katanya ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-32 di sini semalam.


Menurut Ishak, apabila tamat peringkat ijazah pada 2006, beliau terus melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Korporat selepas mendapat dorongan daripada isteri dan lima orang anaknya.


Jelasnya, beliau mampu belajar selama dua jam setiap hari tanpa sebarang masalah kerana kerjayanya sebagai pemandu teksi memberinya waktu yang fleksibel.


"Sebenarnya banyak masa pemandu teksi terbuang semasa menunggu penumpang dan pada waktu itulah saya gunakan untuk mengulang kaji.


"Saya secara peribadi bangga dengan pencapaian hari ini kerana ia dapat membuktikan bahawa pemandu teksi pun sebenarnya dari golongan terpelajar.


"Di negara maju ramai pemandu teksi adalah lepasan universiti, tetapi kesedaran itu belum timbul di kalangan pemandu teksi negara ini," ujarnya.


Ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas ini, Ishak memberitahu, beliau bersedia untuk menjadi pensyarah sambilan jika ditawarkan.

credit to kosmo....
p/s mcm kak joey sgat... bljr, keje, bljr....sumer bolh jadi asalkan ade kemahuan dan usaha ua ll...

Letz....Emas rawat wajah




NILAI emas tiada tolok bandingnya. Emas menggambarkan kemewahan dan kekayaan dengan warnanya yang berkilau. Dikenali sebagai 'besi daripada matahari', sinaran emas memukau pandangan. Pada zaman lampau, emas bukan saja dikagumi dan dimiliki golongan diraja, tetapi dipercayai mempunyai keajaiban dan kuasa penyembuhan. Ia juga dikatakan digunakan untuk kecantikan serta mengekalkan keremajaan kulit wajah.


Bagaikan roda, kualiti emas kembali mendapat perhatian pakar kecantikan hari ini. Dua tahun lalu, pupur emas digunakan oleh pakar kecantikan Asia seperti Jepun yang menggabungkan inovasi kosmetik dan perubatan tradisional. Malah masyarakat di China sudah menggunakan daun emas sebagai bahan perubatan, manakala di India, emas digunakan untuk merawat penyakit jantung. Kononnya ia didakwa mampu menguatkan peredaran darah.


Pupur emas 24 karat: Rawatan terkini digunakan bagi mengurangkan kesan penuaan pada wajah

HARI ini, emas 24 karat digunakan dalam kosmetik moden dalam bentuk pupur yang meremajakan kulit wajah. Syarikat kosmetik yang memperkenalkan kaedah rawatan itu mendakwa, emas boleh menegang dan menguatkan kulit, mengurangkan kemunculan jeragat dan kekasaran wajah, seterusnya menjadikan kulit lebih jernih serta segar. Kajian saintifik menunjukkan emas menggalakkan penyerapan lebih cepat molekul oksigen ke dalam kulit, membolehkan fungsi selular berada pada tahap paling tinggi. Hasilnya, kulit lebih berseri dan kelihatan lebih sihat.

Membalikkan proses oksidasi dalam serat kolagen dan menghubungkan fabrik kulit, emas menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan muda. Bahan itu juga berkemampuan menjadikan kulit lebih sempurna dengan menyingkirkan toksin. Pupur emas itu dilengkapi teknologi nano yang membolehkan bahan utama seperti nano-emas, asid amino, kolagen, vitamin C, allantoin, squalane, ceramid2, tocopheryl acetate dan daun aloe vera diserap ke dalam kulit sepenuhya serta dengan pantas, sekali gus menjadikan kulit lebih muda dan segar untuk wanita serta lelaki.

Penggunaan pupur emas ini turut diperkenalkan pusat pelangsingan badan dan penjagaan kulit, SlimWorld yang mana pupur emas diimport dari Korea. Ia dikatakan mengandungi 99.99 peratus emas tulen dengan 24 karat, mampu memperlahankan proses penuaan, menjadikan kulit berkilau dan mengurangkan garis halus. Pupur emas sesuai untuk wanita berusia pertengahan 30-an hingga 40-an. Pada usia itu, wanita lazimnya mengalami masalah kulit kering. Pupur emas dilekatkan pada seluruh kulit wajah turut menggunakan semburan oksigen yang menyerap ke bahagian luar kulit menjadikan kulit lebih lembap.
Ia dibiarkan sekurang-kurangnya 20 minit pada wajah sebelum di gosok bagi menanggalkannya daripada wajah. Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain turut berkongsi pengalaman menggunakan pupur emas yang ditawarkan di SlimWorld. Ziana yang juga jurucakap syarikat berkenaan, mengakui penggunaan pupur emas pada pertama kali memberikan kesan wajah berseri. Katanya, rawatan wajah berkenaan mampu mengurangkan garis halus yang dialami wanita berusia 40-an sepertinya di samping menjadikan wajah lebih tegang serta menutup pori-pori yang terbuka bagi menjadikan kulit wajah lebih halus. Ziana mengakui amat menyenangi rawatan wajah menggunakan pupur emas berbanding produk lain seperti suntikan kolagen, serum mahupun botox yang sering kali menjadi pilihan selebriti sepertinya.
Ziana kekal jelita pada usia 40 tahun.

"Apabila ditampal pada kulit wajah, kulit wajah berasa tegang. Ia juga bagus untuk mengatasi masalah kulit kering seperti yang dialami wanita pada usia sebaya saya. Saya menggunakannya sejak beberapa bulan lalu dan dapati ia berkesan menjadikan wajah lebih berseri," katanya.

Katanya, kandungan semula jadi di dalam pupur emas berkenaan menarik perhatiannya untuk mencuba. Tambahan pula ia sesuai dengan falsafah Ziana yang lebih percayakan bahan semula jadi berbanding bahan kosmetik yang diperbuat daripada kimia. "Cara ini lebih selamat untuk kelihatan lebih muda berbanding suntikan vitamin C, kolagen atau botox yang kita tidak pasti kesan jangka panjangnya.

Saya dimaklumkan, suntikan vitamin C yang diambil selama lima tahun boleh menyebabkan masalah buah pinggang dalam jangka masa panjang. Ini cukup menakutkan. Kalau hendak cantik, biarlah secara semula jadi," katanya. Selain menjaga pemakanan seimbang, Ziana gemar melakukan rawatan wajah sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau paling lama, sebulan sekali. Jika tiada masa, Ziana akan melakukannya sendiri di rumah.

Oleh kerana sering berada di luar untuk aktivitinya sebagai artis, Ziana memastikan menggunakan pelindung matahari. "Saya juga menggunakan pupur pemutih, tetapi ia selamat tanpa kandungan hidroquinon. Sebelah malam pula saya gunakan krim yang dilengkapi vitamin A, C dan E. Jauhi bahan kosmetik yang menyebabkan kulit menjadi gatal atau radang kerana ini menunjukkan ia tidak sesuai dengan kulit anda," katanya. Tetap rasa muda menjadi rahsia kejelitaan Ziana Zain mengekalkan tubuh ramping dan wajah jelita.

Ibu kepada dua anak berusia lima dan lapan tahun ini, mengakui tidak berasa tua kerana dikelilingi rakan pelbagai peringkat usia. Ziana turut mengelakkan diri daripada tekanan seperti keluar membeli-belah atau menonton video bagi menenangkan perasaannya.

Sepi.... Its all bout my life....





Judul Lagu : Sepi.Artis/Band : Yuni Shara.

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu
Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
Woo.. sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

sedih biler dgr lagu sepi nier... lagu nie 100% related ngan my life........" SEJARAH CINTA DAN HIDUPKU... PENUH DURI DAN BANYAK RANJAU"....

Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini. Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di sini, berkata kerajaan membuat keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya lebih awal. "Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya. Harga minyak mentah turun daripada rekod tertinggi AS$147 dolar setong pada Julai lalu kepada AS$82 dolar sekarang.

Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50. Pelarasan terakhir pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).
Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.
p/s syukurlah...

Bank Negara serbu empat syarikat

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malay- sia menyerbu empat syarikat semalam yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengambilan deposit secara haram dan pengubahan wang haram.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara menyatakan, empat syarikat itu ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel and Services Sdn. Bhd., dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Aset-aset dan dokumen bekaitan syarikat-syarikat tersebut dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Serbuan itu dibuat berikutan aduan orang ramai.

Bank Negara akan menjalankan siasa- tan ke atas operator syarikat terbabit me- ngikut Seksyen 25(1) Akta Institusi Kewa- ngan dan Perbankan (BAFIA) 1989 dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Jika sabit kesalahan, operator skim berkenaan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM10 juta atau kedua-duanya mengikut BAFIA.

Denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya pula boleh dikenakan ke atas pesalah mengikut Seksyen 4(1) AMLAT- FA 2001.

Bank Negara menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan skim pelaburan wang yang dianjurkan menerusi internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak berlesen atau dibenarkan oleh Bank Negara untuk menerima deposit atau menjalankan urus niaga tukaran asing.

Senarai semua institusi berlesen yang menerima deposit boleh didapati di laman web Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my. - Bernama

p/s sian tgk kawan i yg rugi RM30k...dah nasihat dah...degil...darah muder...