Info seks

1)TERNYATA ORGASME BUKANLAH SEGALA-GALANYA
Mitos – Orgasme adalah puncak kepuasan kedua-dua individu dalam melayari bahtera rumah tangga. Malahan orgasme dianggap satu keperluan batiniah yang harus dicapai agar kemesraan suami isteri sentiasa berkekalan.
Fakta – Hubungan intim seharusnya aktiviti sihat yang menyenangkan tanpa sebarang beban baik pada suami atau pun isteri. Hubungan seks harus dilihat sebagai sebuah proses bukannya hasil yang harus dinilai. Seks akan menjadi aktiviti yang membosankan jika pasangan ada tuntutan yang tertentu. Tetapi orgasme jika dapat dicapai akan menjadi pelengkap yang manis seperti ceri di atas puding!

2) LELAKI JUGA PUNYA G-SPOT!
Mitos – G-Spot biasanya dikaitkan dengan wanita dan bagaimana untuk merangsang kawasan ini sedangkan lelaki tidak mempunyai G-Spot.
Fakta – Tidak hanya wanita, lelaki juga mempunyai G-Spot iaitu di kawasan kalenjar prostat. Jadi rangsanglah bahagian G-Spot ini, pastinya getarannya akan lebih hebat.

3) LELAKI TIDAK MEMIKIRKAN SEKS SETIAP MASA SEPERTI YANG DIWAR-WARKAN
Mitos – Orang selalu berkata bahawa lelaki sentiasa memikirkan mengenai seks setiap masa, tidak pernah puas dan suka mencuba posisi luar biasa.
Fakta – Lelaki juga manusia biasa, dalam keadaan tertentu mereka akan menolak seks seperti berada dalam keadaan sakit, stress dan dilanda masalah. Malahan ada ketikanya, golongan ini akan marah-marah jika dibangkitkan mengenai soal seks.

4) UKURAN BUKAN SEGALA-GALANYA
Mitos – Tanggapan umum bahawa jika alat sulit lelaki besar maka prestasinya juga cukup bagus dan begitulah sebaliknya.
Fakta – Ukuran penis bukanlah segala-galanya kerana apa yang lebih penting ialah cara seseorang lelaki mengendalikan sesuatu ‘permainan’ tersebut malahan lebih hangat jika pasangannya turut membantu.

5) LELAKI ATAU WANITA?
Mitos – Kononnya hanya lelaki yang berhak menentukan posisi atau keinginan dalam sesebuah perhubungan intim tersebut oleh sebab itu wanita jadi takut mencuba sesuatu yang baru.
Fakta - Kadang-kadang lelaki juga sukakan pembaharuan apatah lagi jika ia dicadangkan oleh isteri tersayang. Tidak salah jika sekali sekala memberikan peluang pada wanita mengendalikan hubungan seks malah ia akan lebih menyeronokkan.
credit to karangkraf

Zaid mahu sama ada Muhyiddin letak jawatan atau disingkir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hendaklah meletak jawatan atau disingkirkan jika tidak berpuas hati dengan tempoh peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang ditetapkan pada 2010.

"Mudah sahaja, jika Muhyiddin tidak puas hati dengan Perdana Menteri, beliau boleh letak jawatan Kabinet... ini bermakna beliau tidak yakin dengan Pak Lah (Abdullah)... tidak, saya tidak cadang untuk beliau berbuat demikian.

"Saya kata jika beliau tidak gembira dengan Pak Lah, jika beliau tidak yakin dengan Pak Lah, dua perkara akan berlaku sama ada letak jawatan atau Pak Lah hendaklah singkir beliau, itu yang sepatutnya berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan pameran lukisan Wang Lan, Wang Xu dan Shen Jiawei di Galeri Petronas hari ini.

Rabu lepas, Muhyiddin, yang juga Naib Presiden Umno berkata pelan peralihan yang dipersetujui Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jun lepas, hendaklah dipercepatkan memandangkan keadaan politik yang tidak stabil di negara dan tempoh itu terlalu lama.

Di bawah rancangan itu, Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno kepada Najib pada Jun 2010.

Semalam, Abdullah berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Muhyiddin kerana pelan peralihan itu difahami dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Umno dan kabinet.
Hari ini, Najib berkata, pelaksanaan pelan itu adalah di tangan anggota Umno, tulang belakang parti BN, yang akan mengadakan mesyuarat bahagian dan pemilihan parti tahun ini.
Zaid berkata, respon itu bukan ditujukan khas kepada Muhyiddin tetapi sebagai satu pemerhatian am.

"Ia ditujukan bukan hanya kepada Muhyiddin tetapi kepada saya juga. Jika saya tidak gembira saya sepatutnya letak jawatan atau Pak Lah tidak gembira dengan saya, beliau hendaklah menyingkirkan saya," tambah beliau. BERNAMA

Zaid Ibrahim sah letak jawatan anggota Kabinet

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk berundur sebagai anggota Kabinet.

Perkara tersebut disahkan oleh pegawai khas beliau ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi.
"Ya, perkara itu betul (letak jawatan). Surat letak jawatan juga telah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini," katanya.
Keputusan itu dibuat sehari selepas beliau memberikan pandangan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik.

Kata beliau, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Sehubungan itu jelas Zaid, beliau sedia untuk meletak jawatan kerana memberikan pandangan yang dilihat bertentangan dengan 'dasar kerajaan' itu.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Menteri yang bertanggungjawab ke atas soal perundangan dan kehakiman itu berkata, beliau bukan sebagai pencetus masalah kepada Perdana Menteri, sebaliknya hanya mempertahankan prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Zaid merupakan peguam terkenal yang menyertai arena politik kemudian dan kini merupakan anggota Umno. Beliau menyertai Umno tahun 2000.Beliau merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu dari 2004 hingga 2008.Pada pilihan raya umum Mac lalu beliau tidak dipilih sebagai calon tetapi kemudian menyertai jemaah menteri selaku senator.
credit to mSTAR Online

Rozita Che Wan 'berehat' seketika akibat kanser usus

PELAKON jelita Rozita Che Wan nampaknya terpaksa melupakan seketika karier seninya kerana perlu berehat setelah menjalani pembedahan akibat kanser usus yang dihidapinya, baru-baru ini.Meskipun pada mulanya, Rozita enggan bercerita tentang kesakitan yang dialaminya itu, namun setelah dipujuk dan mengatakan ceritanya kini telah tersebar di internet, Rozita lantas berubah fikiran dan bercerita tentang penyakit yang dihadapi tanpa memberitahu lokasi hospital yang menempatkan dirinya sekarang.

Dia yang kini sedang dirawat di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur bukan sahaja tidak dapat memenuhi undangan berbuka puasa, sesi fotografi raya, malah dia juga perlu menangguhkan penggambaran drama 26 episod Bara Yang Ku Genggam untuk RTM yang sepatutnya di sambung pada 11 September lalu.Usahanya untuk menghabiskan masa cuti selama 10 hari mulai awal bulan ini bersama anak-anaknya juga terbantut.
Sebenarnya saya dah alami sakit ni sejak dua bulan lalu tetapi waktu itu saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Pada 1 September lalu, saya pergi jumpa doktor sebab perut makin membengkak.
"Doktor kata saya menghidap kanser usus. Tetapi kanser ini masih di peringkat awal.
"Dia kata saya perlu melakukan pembedahan untuk membuang ketulan yang berada di usus.

"Saya pun tak tahu sebab apa tetapi penyakit ini diam-diam sahaja dan apabila sampai masa baru saya dapat tahu apabila ia membengkak.

"Bahagian yang bengkak itu di x-ray dan saya terus membuat keputusan untuk terus dibedah.
"Selepas melakukan pembedahan pada hari itu juga, saya ditahan hingga sekarang. Hanya team produksi dan keluarga saya sahaja yang tahu tentang hal ini. Doktor pun nasihatkan saya supaya tidak memberitahu orang lain agar tidak diganggu," kata ibu tunggal kepada dua orang anak ini.
Kata Rozita, dia sudah melakukan dua kali pembedahan usus. Bercerita tentang keadaannya sekarang, Rozita meluahkan rasa sakit dan bosannya apabila hanya terbaring di katil dan tidak boleh terlalu banyak bergerak.

"Tentang makan pula, saya perlu berpantang dari makan makanan laut dan daging. Bagaimanapun, saya tidak lalu makan kerana sakit tekak," ujar Rozita yang ditahan di hospital tersebut hingga pengaliran darah ok dan betul-betul sihat.
Namun setelah keluar hospital, Rozita mungkin tidak dibenarkan untuk terus aktif dalam industri ini.

"Harap-harap raya nanti saya dah boleh keluar dari hospital dan beraya di rumah. Doktor kata saya tak boleh lasak sangat selepas ini. Jadi, saya kena rehat sekejap daripada lakonan," tutur Rozita.

Ketika di hospital, Rozita tidak kesunyian apabila ibu dan anak-anaknya ada datang melawat dan berbuka puasa dengannya.

Walaupun tidak dapat berpuasa, Rozita berkata dia tetap merasai suasana puasa apabila tiba masa bersahur dan berbuka puasa.

"Semasa mak saya bersahur, saya pun turut bersahur. Anak-anak pun ada datang berbuka dengan saya setiap hari.

"Itupun saya bagitahu anak-anak saya terutama yang sulung selepas dia habis menjalani peperiksaan UPSR sebab tak nak dia risau," kata Rozita.

Bertanya tentang persediaan raya, kata Rozita, dia sudah menyediakan baju raya untuk anak-anaknya termasuk diri-sendiri sebelum bulan puasa lagi.

"Saya buat persediaan awal sebab tak mahu ganggu masa bulan puasa. Malam-malam pula saya membawa anak-anak berterawih. Jadi, lepas itu baru ok pergi ke Jalan Masjid India atau membeli-belah di mana-mana," akhiri Rozita yang dijangka menamatkan zaman solonya pada tahun depan
credit to mSTAR Online

Tudung Siti pelengkap gaya Aidilfitri


Cara pemakaian:
1. Sarungkan anak tudung.
2. Sarungkan lapisan tudung luar, pastikan kedudukannya tepat.
3. Sematkan jarum peniti di bahagian tengah kepala.
4. Hasilnya, penampilan anda pasti bergaya.
Jangan lupa sematkan kerongsang sederhana besar di bahu sebagai pelengkap gaya.
credit to berita harian......

Hari yg Menyedihkan










semalam sepeti dijanjikan ngan kakak kat kat opis lame (aku namekan sbgai Kak J) aku tnggu kat komuter subang, yelah janji ngan die dah .... nak temankan gi kursus motivasi... btw die ajak aku ari khamis,, pastu aku tnye kursus aper,,, ala tlglah akak, teman jer... rugilah akak dah bayar nie.. atas rase kesian aku tmnnkan die... ok smbng balik... mase aku tgh tguu kat komuter subang tu, die sms akak on d way... suddently die dtg ngan husband die.. curios lah aku kater x der temankan.. aku pun pikir maybe dir antar je kut... pastu menuju le tmpat kursus yg dicakptu... alih2 terus masuk dalam pyramid... aku pun x pikir aper kan.. dalam hati ..mesti event nie bagus.. dalam keter pun aku ader tnyer saper speaker die.... Husband Kak J ckp lebih hebat dari Dr Fadzilah Kamsah... aku pun malas lah pikir kan... sampai jer parking aku tgk pasal sumer org siap berblazer sumer , very corporate appearance... aku dah syak something... trus aku ... kak J nie event aper?.. die pun cakap nanti kaw tau... ala dah suspect mesti ader yg x kener nie... ko bayangkan ader lebih 2ribu org kan convention centre tu....
last2 MLM.....k SYN... aku sedih taw... seorang kwn bole buat mcm nie tipu aku.... aku mmg sedih... mmg sume kawan aku taw aku x suker MLM nie... aku yg mmg berhati2 pun boleh tertipu....aku mmg dah buat muker lah.... Kak J kater dgr dulu................sumer nyer propa biler masuk skim nier boleh beli bag LV... hello fake ye yg aku tgk dorang bwak tu,,,, sumenyer beli kat bandung , kan... grade A......
Bullshit sgt taw... bodoh ... i dont like every single words that delivered by the speaker... katernyer sume company structure dlam m'sia nie pakai konsep pyramid.... (sblum tu ...speaker propa nie bidang saya management minor in Organizational Behavior) hello! kalo ko mmg bagus organizational Behaviour (OB), Mane konsep structual , matrix, functional kaw tu.... hello nie sume theory die kan..damn lah..... walaupun aku nie x lah bljr tinggi tapi sbgai budak ex Om aku lagi familiar theory2 tu, organizational structure...comeonlah jagnlah menipu k.....aku tekad waktu break jer...mmg aku nak lari... then lemon tree dtg pyramid ... (sempena gi snips).....aku tggu kat machine terus jumper dier ...berambus dari event bodoh tu.... terus lemon tree citer pasal pgalaman die... aku pun phm....as a conclusion hati yang rapuh mmg senang kene tipu ngan MLM nier.... percayalah skim yang aku dtag tu nak ambik duit jer.....tipu org....kalo x caye... plz free to browse this website http://www.consumer.com.my/message/index.php?itemid=850
buat Kak J.... cukup lah sayer kene tipu kali nie...jgn ingat sayer nie lembut, hati saye lembut gak la.... tlg ek hati keras mcm sekeras kelikir....jgn buat org lain mcm nier...tlglah

MajLis Buke Puase


Oleh kerana post "Berbuke di Concorde" mendatangkan Tsunami Commentzzz.... Aperkate sempena public Holiday next week ,,,, nuzul Alquran kiter aderkan Majlis Buke puase ni cadangan i lah..... any suggestionsss.... plz drop ur idea, suggestions here k....